Gaya Pengembaraan Trendy!

Teks : Razin Mohd

 

Percutian dan stail kini jadi dua perkara yang erat tiap kali tiba masa untuk mengembara, barulah rakaman gambar yang dikongsi di media sosial tampil #onpoint!

 

 

Pengembaraan jarak jauh di atas jalan raya bukanlah satu konsep percutian yang janggal lagi, terutamanya untuk menghabiskan masa cuti untuk beriadah bersama teman atau keluarga.

 

Biarpun destinasi yang dikunjungi dekat atau jauh, stail yang digayakan sepanjang perjalanan mestilah padan dengan tema, selesa, dan bergaya dari mula perjalanan hinggalah sampai ke lokasi.

 

Lihat sahaja gaya #OOTD Zahirah Macwillson yang dalam pengembaraannya menuju destinasi, tampil chic dalam padanan dress putih bersama aksesori beg, kaca mata hitam dan jam tanggan dari ELLE.

 

Sungguhpun bergitu, tema gaya #ParisianAnywhere masih kelihatan biarpun dalam pengembaraan destinasi dalam Negara.

 

MASA UNTUK BERSIAP

Walau dalam jadual yang padat, Zahirah bijak mengagihkan masa untuk berehat dan beriadah. ini merupakan amalan terapi diri yang sering diamalkan untuk tampil lebih relaks dan tenang biarpun dalalm rutin pekerjaannya yang sebuk. Hari ini dia memilih untuk mengembara ke destinasi percutian dalam Negara dalam padanan gaya yang cukup sempurna.

 

Memadankan pakaian kasual ELLE Active wear dan jeans dari ELLE boutique, dalam persediaan pengembaraannya. Walaupun ringkas tetapi tetap tampil chic dengan pilihan rona abstrak warna kuning.

 

MULAKAN PENGEMBARAAN DENGAN MEMERIKSA BARANGAN PENTING

Benar! Roadtrip ke destinasi yang dituju memang amat menggujakan, lagi-lagi apabila anda dapat merihatkan minda tanpa memikirkan segala masalah. Tetapi, jangan pula terlupa tentang benda-benda penting yang wajib dibawa. Zahirah memilih tema persalinan yang lebih faminin buat pengembaraannya, menggayakan dress putih bersulam bersama aksesori kaca mata hitam dan tas tangan rona lembut buat memulakan perjalanannya #ELLEontheroad

 

ELAKKAN DIRI DARI SITUASI BURUK

 

Jangan terlebih teruja dalam perjalanan ke destinasi kerana situasi buruk boleh berlaku tanpa diduga. Dalam perjalanan jalan raya anda harus mempertimbangkan hal-hal penting seperti bateri telefon, peta perjalanan dan juga mengkaji cuaca sepanjang perjalanan supaya perjalanan anda tampil lancar tanpa sebarang masalah. Buat Zahirah, she’s lucky ada yang mahu membantu ketika berada dalam kesusahan.

 

GET THE LOOK!

 

Aksesori adalah antara perkara penting dalam melengkapkan gaya anda sepanjang bercutian dan kerana itu kami senaraikan rangkaian aksesori yang digayakan oleh Zahirah Macwilson sepanjang pengemabaraan jalan raya!

 

Untuk keterangan lanjut sila layari laman Facebook kami di ELLEBOUTIQUE dan Instagram : ELLEBAGSMY, untuk pembelian secara online boleh layari www.zalora.com.my/elle/. Layari laman rasmi ELLE BOUTIQUE untuk lebih informasi.

1 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. ELLE Luggage Chevron collection (18”/24”/28”) RM1,190-1,590

 

 

 

Share via
Copy link