Kenali Empat Peserta Akhir ‘Next In Fashion’

[SPOILER ALERT]  Jika anda masih belum menghabiskan siri ini dinasihatkan untuk jangan skrol ke bawah, kerana disini kami akan senaraikan empat peserta akhir yang punya identiti dan karakter yang menarik dan bakal berjaya dalam industri fesyen walaupun tidak memenanginya.

Jika anda rasa program realiti ini sama seperti ‘Project Runway’ yang kita saksikan pada awal 2000 lalu, anda salah, ‘Next In Fashion’ merupakan program realiti Netflix yang mana mereka membawa beberapa pereka fesyen yang sedang membina nama di dalam industri serata negara untuk bertanding dalam siri sepuluh episod yang dihoskan oleh  pengacara terkenal dari Queer Eye Tan France dan penulis, pengacara, model dan pereka fesyen jelita Alexa Chung.

 

 

Menyaksikan program ini setiap episod benar buat kami rasa teruja dan buat kita mahu terus sambung ke episod seterusnya, it’s really addictive! Lebih istimewa pabila kesemua pengambaran di studio mega netflix dan segala proses pembikinan set buat setiap episod  turut di selitkan menjadikan program ini tampil jujur dan lively, begitu juga dengan kehadiran juri undangan bertaraf antarabangsa  Monique Lhuillier, Prabal Gurung, Philip Lim dan Tommy Hilfiger yang membuat penonton jadi lebih excited!

Biarpun begitu, kami merasa sistem pembahagian pasangan yang tetap sehingga episod ke-6 kurang adil untuk sesetengah peserta yang ingin menonjolkan kradibiliti mereka, ini juga membuatkan kita khuathir untuk ketahui bagaimana pula interaksi mereka bila bertukar dengan pasangan lain, but that not the whole point here, kami mahu mengajak anda untuk kenali empat pereka di sesi semi-final yang kami rasa will make it big in fashion!

 

#1 Daniel Fletcher

 

 

Bukan sahaja punya wajah dan karakter yang charming, pereka yang popular dari London ini juga sebenarnya sudah pun miliki beberapa koleksi pakaian lelaki sejak tahun 2015 selepas tamat pengajiannya di Cental Saint Martins.

 

Koleksi SS 20 Daniel W. Fletcher

 

Terkenal dengan rekaan signature jahitan berstruktur dengan potongan kemas juga rekaan siluet melekap, dia juga pernah bekerja untuk jenama mewah Louis Vuitton, Victoria Beckham, Lanvin dan Burberry juga menjadi jenama yang sering mewarnai London Men’s Fashion Week #LMFW.

 

#2 Angel Chen

 

 

Dikenali dengan ‘East meets West’ design ethos. Pereka yang berasal dari Shanghai ini sudah punya jenama yang besar dalam market China, dia yang pernah menjadi pelatih buat lebel fesyen besar seperti Marchesa, Vera Wang dan Alexander Wang sering menghasilkan pakaian lelaki dan wanita ini dengan element quirky diiring warna-warna pop.

 

Koleksi SS 20 dari Angle Chen di Milan Fashion Week

 

September tahun lepas kita sudah saksikan gadis ini  membuat koleksi kapsul kolaborasi bersama H&M dan lebih istimewa dia juga pernah terpilih dalam 2016 Forbers China ’30 Under 30′, no wonder dia menjadi pereka kegemaran selebriti terkenal seperti Chris Lee, Charli XCX dan juga supermodel Bella Hadid.

 

#3 Ashton Hirota

 

 

Avant-garde streetwear sudah jadi DNA rekaan Ashton, pereka yang berasal dari Los Angeles ini  sudah cenderung dalam dunia fesyen sejak 2002 di mana dia berkhidmat dengan Emmy Award Winning Costume Designer Marina Toybina GLAZA seawal usianya 19 tahun.

 

Koleksi Mercy dari Ashton Michael

 

Punya gaya rebel tetapi seorang yang lembut hati, Ashton pemegang jenama fesyen Marco Marco dan ASH by Ashton Michael ini memulakan kariernya sebagai penata gaya dan atas sebab itulah dia pernah menghasilkan pakaian buat beberapa ikon muzik antaranya Beyonce, Nicki Minaj, Ariana Grande, Post Malone dan Lizzo.

 

#4 Minju Kim

 

 

Boleh kata she’s the most favourite designer dalam program ini, Graduan dari Antwep’s Royal Academy of Fine Arts dan Samsung Art & Design Institute ini sering mengetengahkan rekaan yang ringkas tetapi punya elemen playful dan tampak avant-garde. Setiap busana yang dia hasilkan pasti ada volume dan reka bentuk yang bold, ini sudah jadi DNA dia. Sebelum ini dia punya jenama ‘namasake’ yang diusahakan bersama kakaknya sejak tahun 2014.

 

Koleksi Minju Kim yang dijual di Net-A-Porter

 

Punyai personaliti yang bubbly, dia pernah mendapat anugerah dari H&M Design juga dijemput untuk menghasilkan koleksi kapsul autumn pada tahun 2013. Pereka yang sudah popular di South Korea ini juga pernah menghasilkan baju buat bintang K-Pop, BTS.

Share via
Copy link