Ilham Gayakan Overalls

Oleh Khairul Abidin Ishak

 

DKNY2Alexa Chung2Rita Ora2

Gambar: DKNY/Arkib

 
Overalls kembali hangat musim ini, pendek atau labuh, overalls denim antara rekaan yang banyak menghiasi rak label ‘high street’ ketika ini. Dan jika anda mahu memiliki sehelai kami kongsikan ilham menggayakannya.

 

MELEKAP SELESA

Anda disarankan memilih rekaan dan potongan overalls yang berpotongan slim. Elakkan yang berpotongan longgar kerana anda tentunya tidak mahu tampil seperti penyanyi rap atau hip hop. Overalls seharusnya mencipta ilusi tubuh yang lebih tinggi.

 

IDEA ‘LAYERING’

Selain pemilihan potongan, cara anda menyuai padan dengan helaian lain juga menjadi faktor utama penampilan anda menjadi atau tidak. Untuk gaya yang lebih menarik apa kata anda padankan dengan kemeja bukannya kemeja-T agar penampilan lebih kemas. Boleh juga tambahkan jaket untuk ‘street fashion’ yang lebih menyerlah.

 

LIPATKAN HUJUNG SELUAR

Bagi mencipta ilusi kaki lebih panjang, apa kata anda lipatkan hujung seluar tiga inci atas daripada buku lali. Kemudian sarungkan kasut tumit tinggi (rekaan sandal) untuk melengkapkan padanan anda. Nah, percayalah tubuh anda akan tampak lebih tinggi (dengan syarat potongan overalls yang dipilih adalah potongan slim).
 
 

Share via
Copy link