Inner Hijab Ini Punya Kebaikan Untuk Kesihatan Tubuh

Pelengkap hijab mudah pakai ini tidak hanya menyempurnakan hijab anda, malah ia juga mempunyai kelebihan di mana ia baik untuk kesihatan.

 

 

Jarang sekali kita dengar sesuatu aksesori fesyen direka dengan kebaikan untuk kesihatan tubuh badan seseorang. SERENI & SHENTEL x STAILOZ™ buat pertama kalinya merealisasikan satu kolaborasi fesyen yang tidak hanya memfokuskan pada gaya si pemakai, malah juga kesihatan dalaman.

 

STAILOZ™ Inner Hijab yang berteknologi tinggi ini direka dengan kelebihan dalam menjamin kesihatan yang baik buat si pemakai. Bercirikan TITAN TECH, teknologi eksklusif dari STAILOZ™ ini diformulakan di mana Magnetic Titanium digabungkan dengan partikel Nano yang dicantum kekal ke dalam serat material untuk menghasilkan fabrik Liquid Titanium Polyester yang digunakan di dalam setiap helaian STAILOZ™ Inner Hijab.

 

Proses pencirian yang agak rumit ini sebenarnya ingin memastikan partikel titanium tidak terhapus setiap kali melalui proses cucian atau basuhan dengan air mahupun sabun pencuci. Jadi setiap wanita berhijab boleh menikmati kelebihannya yang baik untuk kesihatan secara maksimum setiap kali menyarung inner tersebut.

 

Inner hijab ini hadir dalam rekaan stail penuh dan stail tiub. Setiap stail hadir dengan sembilan rona iaitu hitam, nude, ungu, biru gelap, currant, teal, coklat gelap dan kelabu.

 

Misi STAILOZ™ sebenarnya adalah untuk menggalakkan wanita untuk tampil bergaya dan konfiden dengan item fesyen yang berteknologi tinggi dari Jepun ini, yang mana membantu memulih kesihatan tubuh disamping memastikan gaya hijab anda sentiasa versatil.

 

 

Disamping inner hijab tersebut, Sereni & Shentel hadir berkolaborasi dengan STAILOZ™ dan memberikan suntikan fun dan quirky dalam fesyen menerusi brooch FLOWER POWER.

 

Brooch FLOWER POWER dari SERENI & SHENTEL x STAILOZ™ ini direka dengan magnet yang mana ia memudahkan proses untuk memakainya. Tidak hanya boleh dipakai pada tudung, malah ia juga boleh digayakan bersama outfit lain untuk menambah seri pada stail anda.

 

STAILOZ™ Inner Hijab ini hadir bersama tiga brooch FLOWER POWER dalam satu kotak. Anda boleh dapatkannya di stor The Playground Borneo, Publika dan Gardens Mall KL. Anda boleh juga dapatkannya menerusi atas talian di sereniandshentel.com, Fashionvalet.com atau Zalora.com.my.

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link