Inspirasi Gaya Lebaran 2020

Banyak jenama pakaian yang hadir dengan himpunan raya saban tahun. Dan setiap satunya ada yang tampil dengan kelaian dan ada juga yang lebih selesa untuk menyajikan himpunan yang bersifat selamat demi memenuhi kehendak masyarakat yang sebahagiannya mungkin lebih selesa dengan gaya konvensional. Kali ini EH! mahu ‘bercerita’ tentang dua label yakni Creacion dan juga Larney.

Datuk Sri Siti Nurhaliza dalam balutan helaian daripada Creacion

CREACION

Creacion, jenama pakaian yang dipelopori oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza mengetengahkan elemen warisan sebagai subjek juga inspirasi himpunan lebarannya tahun ini. Koleksi ini menggunapakai rekaan masayarkat majmuk Malaysia seperti daripada bangsa Melayu, Cina juga India.

“Sudah pasti saya menginginkan sesuatu yang berbeza setiap tahun, namun pada masa yang sama mahu mengekalkan peninggalan warisan budaya kita yang sudah lama diamalkan, » kongsi SIti tentang idea himpunan Creacion untuk tahun ini.

Tambahnya lagi, “koleksi Raya saya turut mengembalikan semula bentuk pakaian tradisi seperti kebaya, baju kurung pelbagai jenis, sedikit cedokan dari pakaian kaum Cina dan juga pakaian tradisi kaum India . Potongan pakaian tradisi budaya kita ini juga telah diberi interpretasi baharu dari segi potongan dan perincian berbeza.

Kelainan yang cuba dibawa oleh Creacion tahun ini ialah mereka cuba menampilkan motif berupa abstrak yang diolah daripada peta Malaysia , pengunaan floral seperti bunga raya dan juga susunan motif geometri tikar mengkuang. Tidak lupa juga motif tipikal seperti batik dan motif pada kain tenunan songket yang turut diterapkan pada kain bercetak.Koleksi ini merangkumi 40 rekaan. Ia tampil dalam beberapa pilihan rekaan pakaian kanak-kanak yang berpadanan dengan rekaan orang dewasa.

 

 

LARNEY

Larney satu lagi jenama fesyen lokal yang diasaskan oleh Zura Zaibidi dan tahun ini himpunan rayanya menggunakan nama daripada perkataan yang sedang trending atau tular di laman sosial ketika ini. Antaranya Stay At Home Kebaya, Don’t Panic Kurung Kedah, TQ Frontliners Tutu Lace, Social Distancing Dress dan Be Safe Mini Kurung.

Himpunan Aidilfitri LArney hadir dengan 21 yang mana mereka mengetengahkan penambah baikkan kualiti sama ada dari segi jahitan, pemilihan fabrik dan rekaan yang memenuhi cita rasa wanita urban. Koleksi kali ini masih mengekalkan identiti atau DNA Larney dan disempurnakan dengan pemilihan fabrik nan selesa seperti sutera satin, kain kapas lembut, renda, kain bermanik dan juga songket.

Sebagai sokongan kepada frontliners, Larney turut terlibat dalam menyiapkan persalinan PPE untuk para petugas barisan hadapan di hospital sebagai tanda sokongan di atas usaha murni mereka untuk merawat pesakit yang menghidap Covid-19. Sejak minggu ketiga PKP, mereka telah menyiapkan ratusan persalinan PPE bersama-sama jenama fesyen terkenal tempatan yang lain. Syabas Larney.

Himpunan Raya Larney

Share via
Copy link