Oleh: Mujahid Saddam
Gambar: TPGVIP
Kebanyakan wanita menghadapi masalah untuk bergaya ketika sarat megandung, rata-rata tidak tahu tentang gaya apa yang sesuai buat mereka dek kerana berat badan yang semakin naik dan perut semakin membesar. Tetapi tidak bagi penyanyi popular Jessica Simpson. Sering tampil dengan gaya chic bersahaja sewaktu hamil anak keduanya, dia membuatkan stail mengandung kelihatan cool dengan padanan pakaian rona hitam, maxi dress serta boots dan kaca mata hitam. EH! himpunkan antara padanannya yang boleh menjadi inspirasi gaya buat wanita mengandung di luar sana.