Jangan Buang! Kitar Semula Pakaian Terpakai Anda Di GUESS

GUESS dengan bangganya bekerjasama dengan Kloth Cares untuk kempen RESOURCED, sebuah program kitar semula yang sedikit sebanyak menyelamatkan alam sekitar kita.

 

 

Usaha tersebut diadakan di beberapa butik GUESS di sekitar Lembah Klang bermula 1 Mac sehingga 30 April 2019. Kloth Cares merupakan sebahagian dari jenama Kloth yang melambangkan gerakan untuk kitar semula tekstil di Malaysia.

 

Bertemakan “Keeping Fabrics Out of the Landfills”, Kloth bekerjasama dengan Selangor Youth Community (SAY) dan Life Line Clothing Malaysia (LLCM) untuk mewujudkan advokasi ini.

 

Program kitar semula GUESS RESOURCED ini sebenarnya telah dilancarkan di California pada 18 Jun 2018 lagi dan dek kerana kejayaannya, ia kini dilancarkan di sekitar Amerika Syarikat dan secara global pada tahun 2020.

 

GUESS mahu menggalakkan pelanggannya memanjangkan hayat pakaian serta kasut terpakai mereka menerusi program kitar semula ini. Usaha GUESS untuk RESOURCED ini akan giat dipromosikan di 295 stor mereka di Amerika Syarikat untuk empat jenama di bawah bumbung GUESS?, Inc. dengan mesej sebenar program tersebut diletakkan di tingkap hadapan setiap stor mereka, bilik persalinan, e-mel, media sosial dan shop.GUESS.com serta www.GUESS.COM/Resourced.

 

Kerjasama di antara GUESS dan Kloth Cares sebenarnya bertujuan untuk mengurangkan pembaziran tekstil disamping mencipta sebuah perhubungan utuh di antara satu sama lain demi menggabung pemegang saham dan menutup gelung ke arah ekonomi pekeliling dengan kitar semula tekstil.

 

 

Menerusi inovasi Kloth Cares dalam sistem mengambil semula serta infrastruktur global, pakaian terpakai akan mendapat sebuah kehidupan baru sebagai barangan terpakai. Pakaian yang tidak pernah digunakan akan disalurkan ke dalam produk baharu seperti pakaian untuk mencuci atau digabungkan bersama material lain untuk menghasilkan bahan api kejuruteraan untuk kiln simen.

 

Mengguna dan mengitar semula bahan terpakai dan membenarkan material asli bernilai untuk diproses semula sememangnya satu usaha murni dalam membantu melindungi alam sekitar kita.

 

Tong kitar semula akan diletakkan di lapan buah stor GUESS di Lembah Klang bermula Mac untuk pelanggan serta orang awam mengitar semula pakaian terpakai atau baharu yang mereka tidak mahu lagi. Batch pertama pakaian terkumpul akan dihantar ke Raffles Kuala Lumpur untuk pelajar tahun akhir di universiti tersebut menggunakan dan menghasilkan semula pakaian tersebut menjadi barangan fesyen baharu.

 

Stor GUESS yang terlibat di dalam usaha kitar semula ini termasuklah GUESS Pavilion, KLCC, The Gardens, 1Utama, Sunway Pyramid, IOI City Mall, Setia City Mall, dan AEON Bukit Tinggi.

Share via
Copy link