#KLFW2018 : Selebriti Popular Tempatan Berjalan Di Pementasan Koleksi Jenama Untuk Melium Group

 

Nyata pentas KLFW kali ini mempunyai kelainan dari sebelum ini kerana bukan hanya boleh dilihat dari rekaan yang lebih moden, malah juga menerusi individu yang dipilih untuk berjalan di pentas KLFW2018 dalam memperagakan ceraian fesyen semasa.

 

 

Malam kedua di KLFW2018 membawakan pertunjukan fesyen dari The Melium Group dan Farah Khan. Bermula dengan penampilan khas yang digelar 'Friends of Melium' berjalan di pentas KLFW2018 dengan mengenakan beberapa ceraian fesyen dari jenama di bawah bumbung Melium, kemudian ia diikuti dengan barisan selebriti terkenal tempatan yang turut diundang untuk membuat kemunculan istimewa.

 

Selebriti dan personaliti yang berjalan untuk pementasan jenama Melium Group termasuklah Fyza Kadir, Kavita Sidhu, Whulandary Herman, Ameera Khan (Little Miss Khan), Idris Khan, Siti Saleha, Syafiq Kyle, Anzalna Nasir, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Neelofa.

 

 

Tetamu kehormat turut hadir di pementasan koleksi jenama di bawah Melium Group dan Farah Khan termasuklah Datin Azrene Abdullah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang Tengku Tan Sri Hajjah Meriam, Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom, Cik Puan Nur Lisa Idris, dan Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

 

 

Melium Group merupakan kumpulan retail jenama fesyen mewah yang menerajui di Malaysia. Luxury, Fashion dan Lifestyle menjadi teras utama mereka yang mana Melium diasaskan oleh Datuk Seri Farah Khan.

 

EH! kongsikan gambar di sekitar pementasan koleksi Melium Group dan Farah Khan.

3 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

Awal Ashaari

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link