Koleksi Kolaborasi #DisneyXGucci Yang Wajib Dimiliki Tahun Ini

Jenama rumah fesyen Gucci sentiasa membariskan rekaan pakaian yang kini kelihatan serba serbi lebih quirky tetapi tetap dalam rekaan dan penataan yang mewah. Memulakan dekad baharu, pengarah kreatif Gucci, Alessandro Michele membariskan koleksi RTW cukup ikonik bersama kartun popular Mickey Mouse dalam koleksi Disney X Gucci.


Menerap nilai malar segar dan klassik, Mickey Mouse sememangnya antara imej  kartun Disney yang tidak mengundang rasa jemu dan itu merupakan salah satu persamaan dan visi yang cuba diterapkan oleh rumah fesyen mega ini. Kempen buat koleksi ini menampilkan pelakon Ni Ni, Earl Cave, dan Zoe Blue penata gaya dan penulis puisi terkenal sebagai wajah kepada label berpengkalan di Itali ini. Jurugambar Harmony Korine menghidupkan suasana ceria serta penuh fantasi berlatarkan pusat keriangan Disneyland ©Disney .

Saksikan video kempen  Disney X Gucci

Lagu: WHO’s AFRAID OF THE BIG BAD WOLF? By Frank Churchill Additional Lyric by Ann Ronell ©️Copyright by Bourne Co. Copyright Renewed All Rights Reserved International Copyright Secured (US Performing Rights Society: ASCAP) (p) 1992 Disney

Tekan butang next untuk terokai item aksesori tahun baru ini!

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link