Kolaborasi “HP X Rizman Ruzaini” Tafsir Semula Inspirasi Buat Pereka di KL Fashion Week 2019

Sejajar dengan seruan HP bagi “Terus Mentafsir Semula” dan menyokong masa depan Malaysia, HP Inc. telah bekerjasama dengan gandingan pereka fesyen tersohor Malaysia, Rizman Nordin dan Ruzaini Wan Jamil yang merupakan pengasas jenama terkenal, Rizman Ruzaini.

 

 

HPxRR diilhamkan oleh inovasi terkini HP, iaitu HP Spectre Folio. Usaha sama ini menjangkau sempadan fesyen dan teknologi, sekali gus memaparkan kerjasama jenama tempatan dan global serta menghasilkan  koleksi lelaki pertama daripada Rizman Ruzaini yang bakal diketengahkan di KLFW 2019.

 

Menurut Rizman, sentiasa mentafsir semula sambil komited kepada kehalusan seni dan keterperincian kerja telah membolehkan jenamanya mengikuti perkembangan industri fesyen yang sentiasa berubah dalam tempoh 15 tahun.

 

Tambah Ruzaini pula, pihaknya sentiasa mencari cara baharu bagi mempelopori inovasi bersama HP yang kini membolehkan jenamanya berbuat demikian.

 

“Mengambil inspirasi reka bentuk daripada HP Spectre Folio yang mengagumkan, anda boleh menantikan sentuhan kulit, kemewahan dan keanggunan dalam koleksi busana kami yang akan datang,” katanya.

 

Sementara itu, sebagai rakan komputer riba rasmi untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur tahun ini, HP akan mencetus inspirasi menerusi inovasi dengan bantuan tiga pereka tempatan Malaysia iaitu Afiq M, My Apparel Zoo dan Yadotsa.

 

Malah, gandingan tiga pelukis ilustrasi fesyen ini juga akan membawa HP Spectre x 360 ke KLFW dengan menawarkan keunggulan seni reka seperti mengilhamkan ciptaan baharu, melakar rekaan baharu atau merancang pertunjukan fesyen masing-masing.

 

Komputer riba boleh ubah yang memperlihatkan keunggulan dan kehalusan seni tangan pereka mahir, HP Spectre Folio dalam rona Coklat Cognac ini boleh didapati pada harga RM7,999 di Harvey Norman serta outlet HP terpilih.

 

Untuk maklumat lanjut layari https://www8.hp.com/my/en/premium/convertible/spectre-folio-13.html atau laman Facebook HP Malaysia https://www.facebook.com/HPmalaysia/

 

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Sempena Kuala Lumpur Fashion Week 2019, tetamu minggu fesyen dan pengguna yang mengunjungi pameran HP yang bermula dari 21 hingga 25 Ogos ini berpeluang memenangi 1 x HP Spectre Folio bernilai RM9,999.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link