Kolaborasi LeSportsac Bersama Dylan's Candy Bar

Untuk musim luruh kali ini, dua nama besar berkolaborasi untuk menghasilkan rekaan beg yang begitu ‘manis’ sekali. LeSportsac akan berkolaborasi dengan Dylan’s Candy Bar yang merupakan di antara pengeluar gula-gula terbesar dan koleksi beg mereka bakal berada di pasaran Ogos dan November ini.
 
lesportsac 1

 

Menurut pemilik Dylan’s Candy Bar yang juga merupakan anak kepada pereka fesyen Ralph Lauren, kerjasama ini merupakan salah satu cara memperkenalkan syarikat gula-gulanya di seluruh dunia. Koleksi ini akan mempunyai 14 set beg serbaguna termasuk beg mekap, beg sandang dan beg tote yang mempunyai rekaan fabrik yang bercorak Candy Spill, Sweet Talk dan Sugar Cube.

 

lesportsac 2

 

Koleksi ini boleh didapati di Cawangan Le Sport Sac atau secara talian di LeSportsac.com dan DylansCandyBar.com.
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link