Lahirnya Simbol Tous

 

Teks : Razin Mohd

 

Ikon ‘teddy bear’ Tous telah muncul sejak 1985 lagi. Simbol unik dan comel ini sudah berdiri bermula pada awal perkembangan bisnes antarabangsa dan hari ini ia menjadi elemen wajib ada pada setiap koleksi aksesori yang dihasilkan. Ia merupakan salah satu nilai asas buat jenama ini dan mereka mahu seluruh dunia tahu akan nilai kelembutannya.

 

 

Ikon bear TOUS lambang nilai kelembutan dan nilai itu mahu dikongsikan bersama anda.

 

Sejarah jenama TOUS bermula pada 1920 semasa Salvador Tous Blavi dan Teresa Ponsa Mas membuka kedai baik pulih jam tangan di Manresa (Barcelona).  Pada tahun 1965, anak lelaki kepada pemilik jenama ini, Salvador Tous Ponsa berkahwin bersama Rosa Oriol Porta.  Pasangan ini menonjolkan bakat mereka dengan visi dan kreativiti dalam menghasilkan barangan perhiasan dalan versi serba baru. Sejak itu, TOUS menghasilkan gaya barangan perhiasan  unik dan mengubah cara tradisional perhiasan mewah kepada sesuatu yang mampu dan mudah dimiliki.

 

Barangan perhiasan kini menjadi keutamaan buat jenama TOUS, kerana kejayaannya pada lewat abad ke-20, mereka memutuskan untuk memperluaskan himpunan mereka  dalam menawarkan pelbagai item pelengkap gaya termasuk tas tangan, wangian, jam tangan, kaca mata dan aksesori. Barangan perhiasan menjadi arah tuju pada setiap produk yang dihasilkan, dan di bawah penyeliaan pengarah seni syarikat, inspirasi yang berasaskan dari barangan perhiasan ini ditransmisikan kepada kategori lain. Selain itu setiap item yang dihasilkan TOUS terus menyerlahkan nilai kelembutan, keseronokan dan semangat muda dalam menceminkan jiwa kepada jenama ini.

 

 

Setiap kategori dan produk yang dihasilkan oleh TOUS mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada seluruh pelanggannya tanpa mengenal usia dan bangsa. Di bawah konsep gaya hidup mewah tetapi mampu milik, koleksi dari jenama ini menawarkan kedua-dua asas dan barangan aksesori yang unik. Jenama ini menampilkan rekaan yang sesuai dengan trend fesyen dan stail semasa sementara rekaan klasik akan sentiasa diperbaharui saban tahun.

8 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link