Membeli Belah Di Men’s Department

Pernah tak kamu terfikir untuk membeli belah di seksyen lelaki? Bukan beli pakaian untuk pasangan atau adik kamu, tetapi untuk diri sendiri. Haa.. Mesti tak pernah terfikirkan? Mungkin agak janggal bunyinya, tapi percayalah pasti akan ada barang yang kamu jumpa sesuai dengan citarasa fesyen kamu. Antara barangan yang mudah kamu suai padan dengan gaya kamu adalah:
 

Contributed photoA view of the men's department

Gambar: minutemannewscenter.com

 
Beg Kepit (Clutch)
Ada sesetengan beg kepit atau clutch lelaki hadir dengan reka bentuk unisex yang mana boleh digayakan oleh kedua-dua jantina. Kalau kamu bijak mencari dan memilih, pasti akan ada beg kepit yang sepadan dengan gaya kamu.
 
Baju
Betul, susah sebenarnya nak menggayakan pakaian lelaki kerana perbezaan potongan bentuk badan pakaian lelaki dengan perempuan. Tetapi jangan lupa yang fesyen baju over-sized tidak pernah tenggelam. T-shirt polos yang bersaiz sedikit besar adalah item yang perlu kamu capai jika terjumpa. Atau, kameja T yang bersaiz paling kecil (saiz lelaki) boleh digayakan dengan tank top begitu sahaja tanpa perlu dibutang.
 
Topi
Hidupkan gaya swag dengan memakai topi yang kamu beli di seksyen pakaian lelaki. Biasanya pilihan topi lelaki lebih menarik berbanding topi perempuan, jadi tiada sebab untuk kamu tidak menjumpai rekaan topi menarik di seksyen lelaki.
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link