Met Gala 2019 : Aksesori Fesyen Kepala Paling Menarik Perhatian Ramai

Met Gala merupakan acara fesyen yang boleh dikatakan paling lit dan yang ditunggu-tunggu setiap tahun bagi penggemar seni dan fesyen. Selain dari dress yang memukau, biasanya akan ada aksesori tambahan yang membuatkan lagi look mereka lebih exaggerated seperti aksesori kepala yang digayakan selebriti ini.

 

Gambar : TPGimages

 

Konsep Met Gala sememangnya tidak langsung berkonsep lemah lembut. Ia adalah masa untuk selebriti melebarkan sayap mereka dengan seluas-luasnya serta menonjolkan aura fesyen sebenar mereka dengan bermain dengan unsur kecantikan dan weirdness.

 

Ia juga adalah satu peluang untuk bereksperimentasi dalam berfesyen tetapi tidak menjadi mangsa fesyen. Dan dengan akses kepada karya rekaan pereka-pereka fesyen ternama serta glam squad, ia sememangnya tiada alasan untuk play it safe.

 

Bertemakan Camp untuk Met Gala kali ini, boleh dikatakan majoriti selebriti yang hadir berjaya membawa tema tersebut dengan look yang menarik perhatin ramai. Senang kata, jika outfit anda agak loud, jadi dandanan rambut juga perlu sesuai dengannya.

 

Selain dari outfit campy style, ramai selebriti memilih untuk mengenakannya bersama aksesori kepala. Jadi EH! himpunkan aksesori kepala yang menjadi pilihan kami.

15 of 15
Use your ← → (arrow) keys to browse

Lily Collins

 

Gambar : TPGimages

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link