Nike Victory Swim Untuk Wanita Muslimah Berenang Tanpa Ragu!

 

Saya selalu berhadapan dengan situasi mahu berenang tapi tiada kelengkapan renang yang ideal? Mana tidaknya, mahu pakai hijab sedia ada takut tidak selesa, baju renang yang ada pula takut ketat dan nampak siluet tubuh. Macam-macam masalah bermain di fikiran. Namun itu semua sudah difikirkan secara telus oleh pereka Nike.

Mengambil inspirasi para atlet wanita dengan pelbagai latar belakang, kebolehan dan bentuk badan. Dan berdasarkan kajian mereka, terdapat limitasi dalam pakaian sukan air. Malah pilihan yang ada pula terhad kepada saiz, prestasi dan rekaan, sedangkan atlet tidak sepatutnya perlu memilih antara prestasi dan keselesaan dalam berpakaian. Lebih-lebih lagi sukan air, yang mana ia juga menjadi antara kebingungan wanita di luar sana. Nike Victory Swim ternya mencetus revolusi dalam pakaian renang muslimah, hasil daripada penggunaan material yang ringan, siluet yang selesa serta memastikan prestasi sukan air tidak terjejas.

 

Keselesaan dan Perlindungan Penuh

Antara sebab lain mengapa semua wanita berhijab perlu miliki rangkaian ini. koleksi Nike Victory Swim ini dihasilkan dari fabrik warp-knit, menjadikan ia cukup ringan dan cepat kering. Malah ia hadir dengan UPF 40+ cukup untuk perlindungan cahaya matahari dari kepala hingga kaki. Kedua-dua koleksi Nike Victory Full-Covergae Swimsuit dan Nike Victory Swim Tunic Top direka dengan sport bra sedia ada yang cukup selesa. Nike Victory Swim Leggings pula memberi siluet sederhana longgar namun tetap hadir dengan cengkaman metalik pada hujung kaki untuk pemakaian yang lebih terletak. The Swim Hijab hadir dengan poket mesh bagi mengukuhkan kedudukan rambut walaupun di dalam air.

 

Koleksi penuh Nike Victory Swim

Hadir dengan pilihan hijab, tunik, seluar legging dan set lengkap untuk pilihan yang lebih pelbagai.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Nike Victory Women’s Full-Coverage Swim Tunic RM 330

Share via
Copy link