Nur Fazura Ikon ‘Highness’ Rizman Ruzaini

Oleh Yana Baharudin

HIGHNESS 1-2

Gambar: Rizman Ruzaini

 

Menurut Rizman, himpunan ini di ambil dari inspirasi kostum era byzantine, barok dan renaissance. “Kami mengubah potongan serta siluet era mewah itu agar ia lebih seiring dengan fesyen dan trend terkini. Penggunaan sutera sifon, kain net dan renda Perancis membangkitkan mood dan disertakan dengan perincian sarat Swarovski, manik gantung dan tampalan renda namun masih ringkas dan relevan.”
 
Kesemua rekaan dominasi palet putih ini mempunyai 13 helai lengkap untuk wanita dan tiga pasang rekaan untuk pengantin lelaki. Namun, pereka duo ini turut mempelbagaikan penggayaan rekaan baju Melayu dengan padanan seluar slack formal. Ditanya mengapa memilih pelakon terkenal Nur Fazura, katanya watak dan pembawaan selebriti itu dan kebijaksanaannya dalam berfesyen dapat menonjolkan kesemua himpunan itu dengan lebih sempurna sejajar dengan tema yang diperkenalkan.
 

Highness-rr-212

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link