Pentas Baru Gigi Hadid

Supermodel terhangat masa kini, Gigi Hadid kini menambah skil baru dalam resumenya sebagai seorang pengacara majlis anugerah juga. Kelmarin, gadis tinggi lampai ini muncul di iHeartRadio Much Music Awards 2016 di Toronto, Kanada. Nama besar seperti Nick Jonas, Shawn Mendes, Lucy Hale dan Fifth Harmony antara barisan bintang muda yang hadir.
 
Gigi secara keseluruhan menyarungkan enam busana dalam pelbagai gaya dan seolah sebuah pertunjukan fesyen. Walaupun ia adalah malam mengiktiraf mereka yang berkecimpung dalam bidang muzik, ternyata pemilihan Gigi sebagai pengacara mencuri tumpuan dan lebih menjadi bahan bualan peminat hiburan dunia serta penggemar fesyen.
 
Persalinan Gigi juga mendapat pelbagai reaksi walaupun dari himpunan jenama besar industri fesyen. Memandangkan susuk tubuh model kacukan Timur Tengah dan Barat ini sesuai menyarungkannya, ada yang berpendapat tidak semua busananya sesuai untuk majlis penganugerahan dan lebih kepada pakaian santai.
 
EH! paparkan gaya kekasih Zayn Malik ini di MMVA daripada laluan hamparan merah hingga ke pentas acara, anda tentukan yang mana paling menarik pilihan anda.
 

Gigi wore Uel Camilo spring 2016 on stage at the #mmvas 2016 last night in toronto, CA #host #gigihadid

A photo posted by I N F O M O D E L S (@infomodels) on

Gigi hadid wore Dion lee resort 2017 on stage at the #mmvas last night in toronto, CA

A photo posted by I N F O M O D E L S (@infomodels) on


 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link