Sensasi Unik Nike Joyride

Selepas Nike Air dan Nike React, gergasi sukan Amerika Syarikat, Nike meneruskan penguasaan mereka dalam teknologi kasut sukan dan platform kusyen melalui pelancaran Nike Joyride. Inovasi baharu ini dihasilkan untuk mengekalkan kesegaran kaki dengan menghasilkan pengalaman personal pada tapak kaki untuk menyerap impak dalam rekaan yang ringan dan sarat energi.

Nike Joyride  menggunakan ribuan manik dengan sistem kusyen proprietary. Butiran manik itu diletakkan di dalam pod penaalan mengikut zon yang membenarkan ia untuk mengembang ke semua arah (multi-dimensi). Sistem ini akan menghasilkan acuan dinamik pada tapak kaki agar ia berasa lebih personal kepada pemakai. Lantas, sensasi unik akan dihasilkan seperti anda berlari di atas buih!

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link