Sniker Jordan Kini Ada Edisi Dior. So Cool!

Travis Scott menghiasi kempen Dior Men untuk sniker edisi terhad Jordan

Bagi penggemar sniker Jordan dari Nike pastinya tidak sabar menantikan tibanya April kerana Dior akan mula memasarkan sepatu kolaborasinya bersama design ikonik itu. Dipentaskan sewaktu pertunjukan himpunan Dior musim luruh 2020 di Miami, pengarah kreatif Dior Men berkerjasama dengan Jordan Brand untuk menghasilkan edisi terhad Air Jordan 1 High OG Dior Sneaker. Kempen untuk koleksi ini dihiasi oleh penyanyi rap tersohor dunia, Travis Scott.

Sniker yang diinspirasikan daripada legenda bola keranjang dunia era 1980-an, Michael Jordan itu menonjolkan identiti Dior tanpa ‘membunuh’ signature sniker ikonik itu. Sniker ini menggabungkan ton putih bersama kelabu yang mana antara warna kegemaran rumah fesyen Paris tersebut.

Share via
Copy link