“Success takes time. Ia bukan satu kerja yang mudah, fokus itu penting.” – Datuk Rizalman Ibrahim

1 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

EH! isu April tahun lalu pernah mewawancara Datuk Rizalman, bercakap soal dirinya serta industri fesyen tanah air. Ikuti bual bicara eksklusif pengarang majalah EH!, Khairul Abidin bersama Datuk Rizalman Ibrahim.

 

 

Saya mengetahui tentang Datuk Rizalman Ibrahim sejak di bangku sekolah lagi. Waktu itu saya cukup minat dengan Ziana Zain, dan Rizalman lah orang yang selalu mereka baju yang cantik-cantik untuk ratu pop itu. Malah baju nikah dan persandingan Ziana Zain juga dari air tangan pereka ternama ini. Dan saya menjadi rapat dengan Rizalman sejak saya mula bekerja di EH!, kebetulan kawan baik saya, Faizul bekerja dengannya. Sejak itu saya boleh kira hubungan saya dengan Rizalman cukup rapat, malah Rizalman jugalah orang pertama yang membawa saya berjalan-jalan menghirup angin di Paris dan London. Saya melihat Rizalman sebagai orang yang cukup bertuah, dia bagaikan dianugerahkan apa saja yang manusia lain mahu; otak yang genius, kreativiti, kemahsyuran, rezeki yang sangat murah dan aturan hidup yang saya kira cukup cantik tersusun.

 

Selain kreativitinya, satu yang saya kagum ialah kebijaksanaan Rizalman memanipulasi media sosial sebagai gelanggangnya memasarkan produk-produknya. Raya tahun lalu dia memperkenalkan watak Paro dan Kunti (Izara Aishah) untuk himpunannya bersama Zalora. Sebelum itu dia mencuit hati pengikutnya dengan watak Cikgu Murni untuk beg rekaannya kolaborasi bersama Sometime. Menurut Rizalman media sosial adalah platform terbaik dan selalunya idea-ideanya datang di saat akhir.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link