“Success takes time. Ia bukan satu kerja yang mudah, fokus itu penting.” – Datuk Rizalman Ibrahim

13 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya suka membaca komen-komen pengikut Rizalman di Instagram, suka melihat respons orang akan caption video juga gambarnya yang penuh jenaka dan kadang-kadang penuh sinis. Ramai juga pengikutnya yang memuji kulitnya putih mulus, nampak muda malah bila dia memuat naik gambar bersama Neelofa dulu, yang dipuji ialah kulit kakinya. Bunyinya kelakar tapi itulah hakikatnya.

 

“Orang selalu suruh saya tanyakan pada you, apa rahsia kulit you nampak muda? Kulit cantik, sampaikan kaki pun diperhatikan orang?”

 

Honestly saya takut tua, tapi saya bersyukur saya age gracefully. Saya seronok menjadi Rizalman, living in this world lately, not my past kerana dulu saya tak faham mengapa saya dilahirkan dengan sifat begini. Saya rasa tak normal. Mantra saya berubah bila saya sudah terima kejadian saya sepenuhnya, hari ini saya rasa orang lain yang tak normal, bukan saya. Jika ditanyakan tentang rutin cantik, saya tak ada jawapan spesifik untuk itu. Yang saya buat hanyalah mencantikkan gigi saya, kerana saya rasa gigi itu berkait rapat dengan kebersihan. Saya ni banyak bercakap, selalu muncul di kaca TV, I just want my face look fascinated. Kulit saya semula jadinya memang begini, saya hanya memakai pencuci muka dan pelembap pabila umur dah melepasi 30 sebab pada waktu itu kulit kita dah tak boleh buat rutin cycle nya sendiri. Saya juga selalu membuat pedicure dan manicure kerana I was blessed dengan kulit kaki kemerah-merahan and people love to see it, jadi itu sajalah yang saya jaga.” Topik kecantikan itu mengakhiri perbualan saya dan Rizalman yang melangkaui masa satu jam.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link