“Success takes time. Ia bukan satu kerja yang mudah, fokus itu penting.” – Datuk Rizalman Ibrahim

3 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Apa pendapat you bila ada orang mempertikaikan keputusan Datuk mengguna pakai seni masyarakat India sebagai inspirasi untuk himpunan raya tahun ini?”

 

“Saya tidak faham mengapa isu ini dibangkitkan. Malah ada juga yang mempersoalkan mengapa mengambil Izara sebagai muse untuk himpunan ini. Mungkin orang tak sedar sebenarnya budaya India itu sendiri sudah banyak diguna pakai dalam kehidupan orang Melayu sejak dulu. Kita sendiri suka filem Hindustan, sampai hafal lagu-lagu mereka, kenal pula siapa pelakon-pelakonnya. Kita sendiri suka makan di gerai Mamak. Dalam majlis kahwin orang Melayu sendiri ada malam berinai. Jadi ia bukanlah hal baru, dan orang India sendiri sudah sedia maklum akan hal ini. Bila mana orang mempersoalkan mengapa Izara dipilih, semestinya kerana himpunan ini ditujukan kepada pembeli Melayu,” tegasnya yang menyifatkan Izara mempunyai jiwa dalam menghidupkan himpunan ini. “Dia tahu apa yang saya mahu, tanpa disuruh-suruh dia bijak bermain dengan emosi,” tambahnya memuji aktres jelita itu.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link