“Success takes time. Ia bukan satu kerja yang mudah, fokus itu penting.” – Datuk Rizalman Ibrahim

4 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dalam satu temubual dengan sebuah portal, Rizalman ada menyebut “Selagi saya masih hidup jangan berani keluarkan jenama baju sendiri”. Kata-kata itu jika menurut portal tersebut ditujukan kepada selebriti Malaysia. “Apa komen you tentang kenyataan itu?”

 

“Saya sebenarnya menjawabnya secara berseloroh, jika orang mengenali saya memang tahu saya berjenaka. Tak sangka pula ia diambil sebagai satu kenyataan serius. Tapi saya tak menyesal keluarkan statement itu. Saya tak menuduh semua hasil rekaan selebriti tidak berkualiti, ada sebahagiannya not bad. Saya melantik diri saya sendiri sebagai menteri fesyen, atau senang cakap saya ni macam DBKL. Kalau ada orang nak bina bangunan ke, nak tambah rumah satu tingkat lagi ke, nak buat taman baru ke, kena minta approval. Saya tak mahu orang merosakkan industri fesyen yang saya dan orang-orang lama dah bina sejak dulu lagi. Saya mahu orang lihat pereka fesyen ini sebagai satu profesion yang profesional. Macam peguam dan doktor, mana boleh orang senang-senang nak jadi. Kena belajar dan ada ilmu. Macam itu juga bidang fesyen. Saya tak mahu orang ‘memperkosa’ industri ini. Buat baju biarlah bercita rasa, usahlah menambah peratusan mangsa fesyen kat negara kita ni.”

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link