“Success takes time. Ia bukan satu kerja yang mudah, fokus itu penting.” – Datuk Rizalman Ibrahim

5 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Bagaimana pula dengan perancang perkahwinan? Hari ini semakin ramai orang yang mengusahakan perkhidmatan ini?”

 

“Saya faham dalam paras kehidupan kita di Malaysia ada kelas-kelas tertentu. Ada yang lower hinggalah ke upper class income. Perniagaan saya audiensnya kelompok sederhana dan atasan. Jadi perlu ada mereka yang menyediakan khidmat untuk lower income community. Tapi tak kisahlah kelompok mana pun pelanggannya, etikanya tetap sama. Usahlah bajet murah hasil kerja untuk pelanggan pun murah. Perlu ada caranya untuk memuaskan hati pelanggan. Pengantin pula usahlah bajet rendah minta yang bukan-bukan.” “Maksud you tentang etika dalam hal ini?” sampuk saya. “Kita mesti deliver kerja kita tepat pada masanya dan seperti yang kita janjikan. Biarlah senonoh hasil kerja kita tu. Lagi satu kita kena ikhlas. Buatlah apa-apa kerja dengan ikhlas itulah yang buat kerja kita jadi cantik.”

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link