“Success takes time. Ia bukan satu kerja yang mudah, fokus itu penting.” – Datuk Rizalman Ibrahim

6 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hasil kerja Rizalman sebagai perancang perkahwinan bukan calang-calang. Resumenya dalam lapangan ini cukup cemerlang. Rata-rata pelanggannya datang dari kelompok kerabat, VVIP malah selebriti terkenal termasuklah Najwa, Marsha Milan, Hairul Azreen dan yang terbaru Izara Aishah. Dan setiap majlis yang dinanunginya sentiasa tampil dengan idea berbeza dan dipersembahkan dalam gaya tersendiri. Saya sendiri sudah berkali-kali berpeluang melihat cara dia menguruskan majlis perkahwinan. Memang bercita rasa dan ada kelas.

 

Pabila ditanya tentang bagaimana dia memastikan hasil kerjanya lebih baik berbanding orang lain, ini jawabnya, “saya tidak pernah cuba meletakkan hasil kerja orang lain sebagai satu perkara yang harus saya tandingi. Saya berlumba dengan diri saya sendiri. Dan bila kita hendak buat lebih baik berbanding hasil kerja kita sebelum ini tidak semestinya bajetnya juga perlu lebih. Tak semestinya dulu kita tempah bunga dua lori, untuk pelanggan akan datang kita kena tempah tiga lori pula. Mungkin kita buat pula 1000 orang main kompang, jemput orkestra ke, you know benda-benda baru yang tak pernah dibuat orang. Kita kena kreatif. Dan jika bajetnya lebih itu lebih bagus sebab kerja-kerja saya berkait rapat dengan material jadi perlu ada bajet tertentu.”

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link