Model Rita Nadira bersiap sedia untuk bertemu bintang hati. Sentuhan akhir sebelum bertentang mata bukan hanya pada solekan tapi juga penggayaan aksesori sebagai penaik seri penampilan. Himpunan Holiday dari Swarovski jadi pilihan. Masa untuk shine and glamorous sekelip mata!
Kuasa aksesori pada penampilan besar impaknya. Adakalanya bila tidak menyarung helaian yang trendy atau bersolek penuh, bila mengenakan aksesori yang sepadan dengan gaya, sudah cukup membuatkan penampilan tampak sempurna dan penuh glamor. Dan itu yang cuba kami sampaikan menerusi himpunan musim percutian Swarovski 2019.
“Musim percutian adalah detik terbaik untuk kita berkumpul dengan yang tersayang, memakai helaian yang cantik-cantik dan bertukar-tukar hadiah. Jika tidak bertukar hadiah dengan orang lain, memanjakan diri sendiri dengan membeli apa yang kita impikan juga adalah sesuatu yang boleh dipertimbangkan,” kata Pengarah Kreatif Swarovski, Nathalie Colin.
Himpunan terbaru Swarovski ini penuh berkilau dengan suntikan warna seperti biru, hijau dan ungu selain sentuhan ton emas dan perak. Paling menangkap mata ialah koleksi ‘Naughty or Nice’ yang tampil dengan paduan hitam dan putih. Koleksi ‘Palace’ pula tampil lebih elegan dengan mainan batu-batu berwarna seperti hijau dan biru. Paling memikat hati ialah koleksi ‘Angelic’ yang tampil ringkas namun classy, cukup malar segar rekaannya. Holiday Collection ini sudah boleh didapati di butik Swarovski dan juga boleh dibeli secara atas talian di Zalora.
Kredit:
Konsep & Penata Gaya: Khairul Abidin Ishak
Gambar: Eric Chow (Blink Studio)
Solekan: Sheng Saw
Dandanan: Yusof Ruzaimi