Istilah aspirasi untuk #SquadGoals adalah apa yang anda mahukan dari kumpulan rakan anda mahupun matlamat yang telah dicapai dari kumpulan rakan anda. Manakala Fesyen Skuad merupakan kelompok yang mempunyai citarasa fesyen yang “trendy” atau “à la mode” dan digemari ramai. EH! menyenaraikan beberapa tip bagi menyerlahkan lagi gaya fesyen anda untuk menjadi sebahagian daripada fesyen skuad.
SENTIASA UP-TO-DATE
Mengikuti trend fesyen masa kini adalah aspek penting untuk menyerlah di khalayak ramai. Ini dapat dibantu dengan melayari pelbagai video gaya fesyen di Youtube dan membaca artikel di majalah fesyen. Maklumat penting seperti gaya fesyen yang menarik perhatian anda perlu direkod ke dalam buku atau simpan di dalam galeri telefon pintar agar lebih senang untuk anda memilih gaya yang sesuai.
IKON FESYEN SEBAGAI INSPIRASI
Menjadi unik adalah antara cirri yang ada dalam fesyen skuad tetapi mempunyai pengetahuan tentang ikon fesyen pada masa dahulu dan kini akan lebih mempengaruhi gaya anda. Ikon fesyen merupakan contoh terbaik dari segi mereka menggayakan pakaian, rambut dan solekan. Hari ini kita ada Bella Hadid, Hailey Rhode Bieber, Kendall Jenner, Gigi Hadid dan Emily Ratajkowski yang boleh dijadikan rujukan. Jika mahu yang lebih ‘klasik’ rujuk stail Audrey Hepburn, Marilyn Monroe dan Diana Ross.
EKSPERIMEN GAYA FESYEN BARU
Memiliki gaya fesyen yang sama setiap hari adalah sesuatu yang konservatif dan ia mencerminkan bahawa anda bukanlah jenis yang suka meneroka benda baharu. Mempunyai gaya fesyen yang berbeza-beza penting untuk tampil lebih menyerlah. Keluar dari kepompong selesa anda dan teroka “self-experimentation”. Jika anda seseorang yang gemar warna gelap, anda patut menggayakan warna yang lebih terang seperti neon atau pastel.
KONFIDEN ADALAH KUNCI UTAMA
Tip ini adalah inti pati fesyen skuad iaitu memiliki keyakinan diri yang tinggi. Ini adalah kerana mempunyai keyakinan diri adalah mempunyai sifat percaya diri. Bagaimana individu lain memandang dan menggemari gaya fesyen anda sebagai ikon fesyen jika anda sendiri berhdapan masalah percaya diri sendiri.