Tip Penjagaan Beg

 

Female bag isolated on white

Gambar: INGimage

 

Berbelanja membeli beg yang tinggi harganya adalah satu pelaburan gaya jangka panjang. Jika bijak menjaga dan rekaannya pula klasik boleh diwariskan kepada anak atau cucu. Jadi demi memanjangkan hayatnya, haruslah tahu menjaganya agar kekal cantik dan sempurna rupanya. Khairul Abidin berkongsi tip penjagaan beg dengan anda.

 

1. Simpan beg dalam dust bag atau gunakan fabrik fiber semula jadi untuk membalut beg yang tidak dipakai. Usah sesekali menyimpannya dalam beg plastik.
Seeloknya elakkan beg terkena air, lebih-lebih lagi hujan.

 

2. Jika menyimpan beg di dalam almari, masukkan fabrik lembut atau baju lama seperti kemeja-T demi memastikan bentuknya kekal cantik. Bersihkan beg serta-merta jika beg terkena kotoran seperti makanan, kosmetik seperti bedak asas dan sebagainya. Gunakan kain lembap.
 

 

3. Jika mahu membawa alat solek atau alat tulis di dalam beg, tentukan anda menyimpan item-item tersebut dalam beg kecil khas untuk mengelakkan sebarang kesan kotoran.

 

4. Sesekali anginkan beg anda.

 

5. Seeloknya jangan bawa beg mewah anda pabila ke salun rambut. Mengapa? Ini kerana bahan kimia yang terkandung di dalam produk mendandan rambut mungkin boleh merosakkan beg anda. Siapa tahu jika petugas salun tertumpah bahan pewarna rambut atau klip rambut yang tercalit pewarna rambut terkena beg anda.

 

6. Elakkan produk pencuci yang mengandungi minyak kerana bahan sebegini akan menyekat lembapan. Pilih sabun mandian bayi yang lembut dan titiskan ke dalam 12 auns air dan masukkan ke dalam botol penyembur. Semburkannya pada tuala mikrofiber dan secara lembut lapkannya pada beg.

 

7. Jika tidak pasti atau tidak mahir mencuci beg, hantarkan pada yang pakar. Misalnya, di Kuala Lumpur kita punya Bag Spa yang menawarkan khidmat membersihkan beg.

 

 

Share via
Copy link