Tiru Gaya Versatil Blake Lively

Mungkin ramai yang sedih setelah berakhirnya drama bersiri popular, Gossip Girl selepas 6 musim tayangannya. Sebab utamanya adalah tidak dapat lagi melihat fesyen atau trend terbaru yang digayakan oleh pelakon-pelakon drama tersebut, terutamanya pemegang watak Serena, Blake Lively. Jangan bimbang kerana walaupun watak Serena sudah tidak ada untuk dijadikan rujukan, Blake Lively sendiri sememangnya seorang yang celik fesyen dan trend. Di sini, kami ada memilih beberapa gaya Blake yang mungkin boleh anda tiru.
 

The Glamorous Blake

 "Savages" - Los Angeles Premiere

Gambar: TPGNEWS

Pilihan gaun yang tepat oleh Blake di majlis karpet merah pelancaran filem Savages. Gaun kemban yang diilhamkan oleh Zuhair Murad ini berjaya memberikan penampilan glamor kepadanya. Stail rambutnya menyerlahkan lagi unsur klasik yang ada pada wajahnya. Mungkin anda boleh mencuri ilham stail ini pada majlis makan malam tahunan pejabat anda. You’ll look stunning!
 

The Bohemian Blake

Leonardo DiCaprio and Blake Lively at Hollywood Bowl

Gambar: TPGNEWS

Gaya ini boleh dikenakan oleh sesiapa sahaja tidak kira ketinggian dan bentuk badan. Kali ini Blake kelihatan lebih ringkas tetapi menyerlah untuk Konsert Stevie Wonder yang dihadirinya. Sempurnakan gaya Blake dengan memadankan gaun maksi ringkas dengan tali pinggang kulit vintaj dan jaket denim besar. Sarungkan sandal atau Pandora untuk memberikan elemen gaya santai. Ia sesuai digayakan ketika bercuti mahupun keluar bersantai atau membeli belah.

 

Gaya Manja Blake

BLAKE LIVELY ON LOCATION FOR GOSSIP GIRL WITH A CO-STAR IN NYC

Gambar: TPGNEWS

Jika anda runsing dengan padanan yang mahu dikenakan pada hari kekasih ini, kami cadangkan gaya manja yang diinspirasikan dari Mrs Reynolds ini. Blake mengenakan skirt pendek bercorak dengan baju berlabuci untuk menampakkan sedikit elemen mewah. Untuk keselesaan, Blake mengenakan loafer dan beg duffel warna pastel untuk menyerlahkan lagi gayanya. Sekiranya anda tiada baju berlabuci, gantikan saja dengan tank top kosong dan hidupkan penampilan dengan aksesori seperti rantai bertingkat atau bersubang labuh.

 

Share via
Copy link