Victoria Beckham Terima Anugerah OBE Dari Putera William

Victoria Beckham penuh hormat menerima pingat OBE (Order of British Empire) atas segala usaha serta servisnya di dalam fesyen dan kerja-kerja amal. 

 

Gambar : Press Association

 

Isteri kepada legenda bekas pemain bola dunia, David Beckham itu dianugerahkan penghormatan itu di Istana Buckingham. Nyata bekas ahli kumpulan Spice Girl ini tidak dapat menyembunyikan senyuman gembiranya sebaik dia disambut oleh Duke of Cambridge untuk menerima pingat kebesaran tersebut.

 

 

 

Selepas pingat OBE dipinkan ke atas dress nya yang berona hitam, Victoria dilihat sempat berkomunikasi bersama Putera William. Turut hadir ke Istana Buckingham untuk menemaninya adalah Beckham berserta ibunya, Jackie Adams yang menyaksikan penganugerahan itu dengan penuh bangga.

 

 

Victoria pernah menjadi duta muhibah United Nations untuk kerja amal AIDS pada September 2014. Pereka fesyen ini juga merupakan penaung Elton John Aids Foundation dan menyokong kebajikan haiwan Peta dan Save the Children.

 

 

Beckham turut pernah menerima pingat OBE pada tahun 2003 dan dia akui yang momen tersebut adalah momen yang paling dibanggakan oleh dirinya.

 

“Pada hari penganugerahan tersebut saya membawa kedua-dua datuk dan nenek saya dan ia adalah hari yang paling istimewa buat saya. Ia buatkan saya rasa berbangga kerana dapat membawa mereka bersama ke tempat yang mereka idamkan sepanjang hidup mereka. Berjumpa dengan Ratu, ia tidak boleh digambarkan betapa bangganya saat itu. Saya boleh rasakan emosi pada ketika itu kerana saya sukakan segalanya tentang Ratu Elizabeth dan apa yang dia terapkan. We all look for role models, we all look for leaders. Saya bernasib baik dan berbangga kerana kita mempunyai pemimpin nombor satu,” ujar David Beckham kepada media pada ketika dirinya menerima pingat penganugerahan OBE.

 

Sebagai suami semestinya dia berasa berbangga dengan pencapaian isterinya itu. Beckham sempat memuat naik sekeping gambar Victoria yang baru sahaja menerima pingat kebesaran tersebut dengan kapsyen yang cukup romantis.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link