Vivy Yusof Teruskan ‘Love, Vivy’ Musim Ketiga, Bersiaran Malam Ini

‘Love, Vivy’ kini masuk ke musim yang ketiga. Penerimaan yang positif untuk musim pertama dan kedua membuatkan Vivy mahu terus membuka ‘pintu’ untuk penggemar terus mendekati kehidupannya. Musim ini ‘Love, Vivy’ hadir dengan lapan episod yang pastinya akan memaparkan perjalanan hidupnya sebagai pengasas gedung atas talian, Fashion Valet juga melunaskan tanggungjawabnya sebagai anak, isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata, Daniel, Mariam dan Sarah.

Seiring dengan situasi dunia yang sedang menghadapi wabak Covid-19, ‘Love’ Vivy’ juga memaparkan impak yang mereka hadapi dan bagaimana mereka berjuang untuk memastikan perniagaan boleh diteruskan lebih-lebih lagi mereka telah banyak melakukan persiapan untuk mempromosikan jenama di bawah Fashion Valet sempena ketibaan musim Hari Raya Mei nanti. Saksikan ‘Love, Vivy’ di Astro Ria bermula 30 Mac, jam 9.00 malam.

Share via
Copy link