Gambar Sekitar Majlis Rumah Terbuka Dato’ Siti Nurhaliza

Oleh : Farhana Fuad

Gambar : Instagram Dato’ Siti Nurhaliza

 

Sebelum bulan Syawal melabuhkan tirai, penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk K sempat mengadakan majlis rumah terbuka Sesuci Lebaran yang mengambil tempat di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur pada Ahad, 31 Julai.

 

Dato’ Siti turut mendendangkan beberapa buah lagu untuk tetamu-tetamunya yang hadir ke majlis itu. Antara rakan-rakan selebriti yang turut hadir termasuklah Lisa Surihani, Nelydia Senrose, Izara Aishah dan  Anzalna Nasir.

 

Isteri kepada Datuk K ini tampil ayu dengan busana berona merah jambu pastel rekaan pereka fesyen Qudyn. Yang istimewanya, Dato’ Siti menyampaikan sebuah lagu duet barunya bersama Faizal Tahir yang boleh didengari menerusi drama Laraaishah yang akan mula bersiar tidak lama lagi.

 

Hafiz Hamidun bersama Jihan Muse merupakan pengacara untuk majlis rumah terbuka Sesuci Lebaran ini. EH! kongsikan gambar kemeriahan di sekitar majlis rumah terbuka Dato’ Siti dan suami di bawah.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link