10 Bandar Yang Berkemungkinan Boleh Ditenggelami Air Tidak Lama Lagi

Beberapa bandar utama di dunia semakin dan ada kemungkinan akan tenggelam dek kerana akibat perubahan iklim dan peningkatan paras air laut.

 

Gambar :Shutterstock

 

Suhu global dan paras laut semakin meningkat. Kota yang berada di pinggir pantai rendah kian mengalami bencana banjir dan usaha-usaha mencari solusi mengelakkan air pasang di persisiran pantai memasuki kota giat dilakukan.

 

Sesetengah bandar kian ditenggelami air dek kerana peningkatan paras air laut secara perlahan-lahan di pinggir pantai, sementara kota lain banjir disebabkan mengepam air bawah tanah secara berlebihan yang menjadikan perubahan pada tekanan dan isipadu yang menyebabkan tanah mula tenggelam.

 

Di sini EH! himpunkan 10 bandar yang kian tenggelam dan berisiko untuk lenyap pada satu hari nanti.

10 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Miami, Florida

 

 

Penulis persekitaran Jeff Goodell sebelum ini memaklumkan kepada Business Insider yang mana “terdapat hampir tidak ada senario di mana anda boleh membayangkan Miami wujud pada akhir abad ini” dan merujuknya sebagai “anak poster untuk bandar utama dalam masalah besar.” Paras air laut di Miami kian meningkat pada kadar yang jauh lebih laju daripada kawasan lain di dunia, menjadi punca bencana banjir, punca bekalan minuman air terjejas dan kerosakan besar kepada rumah dan jalan. Bandar ini mungkin tidak lama lagi perlu menaikkan strukturnya untuk tinggal di atas air.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link