10 Bandar Yang Berkemungkinan Boleh Ditenggelami Air Tidak Lama Lagi

Beberapa bandar utama di dunia semakin dan ada kemungkinan akan tenggelam dek kerana akibat perubahan iklim dan peningkatan paras air laut.

 

Gambar :Shutterstock

 

Suhu global dan paras laut semakin meningkat. Kota yang berada di pinggir pantai rendah kian mengalami bencana banjir dan usaha-usaha mencari solusi mengelakkan air pasang di persisiran pantai memasuki kota giat dilakukan.

 

Sesetengah bandar kian ditenggelami air dek kerana peningkatan paras air laut secara perlahan-lahan di pinggir pantai, sementara kota lain banjir disebabkan mengepam air bawah tanah secara berlebihan yang menjadikan perubahan pada tekanan dan isipadu yang menyebabkan tanah mula tenggelam.

 

Di sini EH! himpunkan 10 bandar yang kian tenggelam dan berisiko untuk lenyap pada satu hari nanti.

4 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Venice, Itali

 

 

Venice semakin tenggelam pada kadar 0.08 inci setiap tahun. Itali telah pun mula membina penghalang banjir yang mana memperuntukkan 78 pagar sepanjang tiga cawangan pada tahun 2003. Ia dikenali sebagai Mose. Penghalang tersebut sepatutnya siap pada tahun 2011, tetapi seakannya tidak akan siap sepenuhnya sehingga tahun 2022. Pabila siri ribut melanda di Venice pada tahun 2018, projek bernilai USD6.5bilion itu masih lagi belum siap. Banjir yang melanda dikatakan paling teruk berlaku di kota itu dalam masa satu dekad.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link