10 Bandar Yang Berkemungkinan Boleh Ditenggelami Air Tidak Lama Lagi

Beberapa bandar utama di dunia semakin dan ada kemungkinan akan tenggelam dek kerana akibat perubahan iklim dan peningkatan paras air laut.

 

Gambar :Shutterstock

 

Suhu global dan paras laut semakin meningkat. Kota yang berada di pinggir pantai rendah kian mengalami bencana banjir dan usaha-usaha mencari solusi mengelakkan air pasang di persisiran pantai memasuki kota giat dilakukan.

 

Sesetengah bandar kian ditenggelami air dek kerana peningkatan paras air laut secara perlahan-lahan di pinggir pantai, sementara kota lain banjir disebabkan mengepam air bawah tanah secara berlebihan yang menjadikan perubahan pada tekanan dan isipadu yang menyebabkan tanah mula tenggelam.

 

Di sini EH! himpunkan 10 bandar yang kian tenggelam dan berisiko untuk lenyap pada satu hari nanti.

6 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bangkok, Thailand

 

 

Bangkok kian tenggelam pada kadar lebih daripada 1 sentimeter setiap tahun dan boleh berada di bawah paras laut pada tahun 2030 menurut The Guardian. Dalam usaha untuk membantu mengelakkan banjir, lebih-lebih lagi ketika musim panas hujan di Thailand, satu firma binaan telah pun membina sebuah taman 11 ekar yang mana mampu menampung sehingga 1 juta gelen air hujan yang dipanggil Chulalongkorn University Centenary Park.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link