3 Teknologi Top-notch Galaxy s9

Teks : Razin Mohd

 

Dalam pelbagai jenis telefon pintar yang terdapat di pasaran hari ini, Samsung Galaxy S9 tetap jadi pilihan dengan fungsi yang mesra guna, rekaan sleek dan teknologi serba baru.

 

Gambar : Samsung

 

Seperti yang kita ketahui jenama Samsung sudah jadi perintis buat jenama telefon pintar android yang lain. Setiap keluaran baharu pasti tampil dengan teknologi yang canggih, mesra guna dan fleksibel. Hal ini menjadikan ia satu jenama telefon yang digemari ramai sehingga hari ini!

 

Samsung telah mengejutkan penggemar peranti telefon pintar dengan Galaxy S9 dan S9+, peranti yang dinaik taraf ini memberi kemudahan yang diperlukan oleh pengguna dengan meneliti trend baharu media sosial dan teknologi yang menjadi taruhan utama buat pengguna. Masih relevan dan menjadi telefon pintar pilihan ramai, EH! senaraikan tiga kehebatan telefon super sleek ini yang anda perlu tahu sebelum membelinya!

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. REKAAN

 

 

Pada asasnya rekaan Galaxy S9 tiada banyak beza berbanding rekaan tahun lepas siri Galaxy S8, masih mengekalkan identiti Infinity Display tetapi dengan bazel yang lebih minimal. Apa yang menjadi keistemewaan telefon pintar ini adalah butang ‘home’ atau lebih dikenali dengan fingerprint scanner ditempatkan pada lokasi yang mudah diakses iaitu di bawah kamera bahagian belakang.

 

Gabungan besi dan Gorilla Glass 5 pada tubuh telefon pintar ini memberi satu genggaman yang selesa pada tapak tangan anda.

 

Memberi pengalaman yang eksklusif sama tarafnya seperti telefon mudah alih yang canggih di luar sana, telefon pintar ini masih mengekalkan 3.5mm headphone jack, IP68 Water-Resistance dan slot MicroSD khas untuk menaik taraf memori telefon sehingga 400GB.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link