3 Teknologi Top-notch Galaxy s9

Teks : Razin Mohd

 

Dalam pelbagai jenis telefon pintar yang terdapat di pasaran hari ini, Samsung Galaxy S9 tetap jadi pilihan dengan fungsi yang mesra guna, rekaan sleek dan teknologi serba baru.

 

Gambar : Samsung

 

Seperti yang kita ketahui jenama Samsung sudah jadi perintis buat jenama telefon pintar android yang lain. Setiap keluaran baharu pasti tampil dengan teknologi yang canggih, mesra guna dan fleksibel. Hal ini menjadikan ia satu jenama telefon yang digemari ramai sehingga hari ini!

 

Samsung telah mengejutkan penggemar peranti telefon pintar dengan Galaxy S9 dan S9+, peranti yang dinaik taraf ini memberi kemudahan yang diperlukan oleh pengguna dengan meneliti trend baharu media sosial dan teknologi yang menjadi taruhan utama buat pengguna. Masih relevan dan menjadi telefon pintar pilihan ramai, EH! senaraikan tiga kehebatan telefon super sleek ini yang anda perlu tahu sebelum membelinya!

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. KAMERA

 

 

Berfungsi sama seperti mata! Keunikan baru pada kamera peranti ini dikenali sebagai ‘variable aperture’ atau apertur boleh aras dimana peranti ini melaraskan saiz apertur mengikut kesesuaian keadaan sekeliling. Lensa 12 Megapixel (MP) di bahagian belakang telefon tampil dengan  apertur f/2.4 pada keadaan cahaya  normal dan mampu membuka saiz apertur sehingga f/1.5 pada keadaan cahaya malap terutamanya pada waktu malam atau kawasan gelap.

 

Kemera Galaxy S9 juga berkeupayaan untuk merekod video perlahan yang dikenali sebagai ‘Super Slo-Mo’. Tidak seperti telefon biasa, ia mampu merekod 960fps dengan resolusi 720p lebih baik dari telefon pintar Sony Xperia XZ Premium.

 

Model Galaxy S9 64GB boleh didapati pada harga RM3,299, manakala Galaxy S9+ 64 GB dijual pada harga RM3,799, RM3999 untuk  128GB  dan  RM4,399 256GB.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link