4 Tip Rancang Pesta Bujang

 

Teks: Anis Hanini

 

Jika teman anda bakal menjadi ratu sehari tidak lama lagi, raikan hari-hari bujangnya dengan pesta bujang yang penuh dengan aktiviti-aktiviti menyeronokkan. Kami bawa beberapa tip untuk memudahkan lagi aturan pesta ini.

 

PILIH TEMA KREATIF

Untuk pesta keraian yang unik, anda harus pilih tema kreatif yang bukan sahaja akan membuatkan pengantin ingat pesta ini selamalamanya, malah anda dan teman-teman yang lain juga dapat lakukan sesuatu yang berbeza. Namun jangan lupa mencedok idea daripada pengantin bagi memastikan anda tahu jenis pesta yang dia inginkan. Ada sesetengah pengantin lebih gemar aktiviti low-key seperti hari spa, ada juga yang lebih gemar bercuti di pantai.

 

PERTIMBANGKAN BAJET

Anda harus berkomunikasi dengan tetamu-tetamu lain tentang bajet. Pastikan semua yang bakal hadir ke parti bujang tersebut bersetuju dengan jumlah wang yang mereka harus keluarkan. Ini dapat mengelakkan situasi duit tidak cukup atau bajet berlebihan. Ada kalanya anda juga perlu membayar bagi pihak pengantin kerana ini adalah pesta untuknya. Lakukan perancangan di group chat Whatsapp mahupun dengan e-mel agar semua dapat menyumbang pendapat.

 

Gambar: bridebox.com

 

SEMAK SENARAI TETAMU

Selain pengantin dan temanteman rapat, anda boleh menjemput ahli keluarga mahupun teman sepejabat ke pesta ini. Cuma pastinya pengantin anda bersetuju dengan senarai tetamu ini kerana ada sesetengah pengantin mungkin tidak selesa dengan jemputan anda. Pastikan tetamu yang anda rapat adalah individu yang pengantin kenal dan selesa untuk hang out seharian. Jika pengantin ingin mengajak tunangnya ke pesta bujang, pastikan juga anda mengajak beberapa teman tunangnya agar parti menjadi lebih meriah.

 

PILIH TARIKH YANG SESUAI

Pastikan anda memilih tarikh yang bersesuaian dengan berbincang dengan pengantin tanpa memberitahunya perkara sebenar. After all, pesta bujang harusnya hadir sebagai satu kejutan manis buat pengantin. Elak melakukan pesta terlalu awal atau terlalu dekat dengan majlis perkahwinannya. Jika terlalu awal, nanti akan hilang rasa seronok namun jika terlalu dekat, pengantin mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk merancang majlisnya sendiri. Jika anda ingin merancang getaway ke luar negara, pastikan semua tetamu dan pengantin bersetuju dengan tarikh tersebut sebelum anda tempah tiket mahupun lokasi penginapan.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link