5 Jenis Ragam Menjengkelkan Ketika Membeli Belah

Memang seronok membeli belah, masakan tidak, sana sini ada sahaja potongan yang sangat menarik diadakan untuk menarik perhatian kita membeli belah. Bilangan pengunjung yang membeli belah di setiap pusat membeli belah terutama kala awal bulan dan cuti sekolah membanjiri untuk berbelanja atau sekadar menjamu mata. Dalam sibuk membeli belah, pasti kamu akan terjumpa pelbagai jenis ragam yang menjengkelkan ketika membeli belah.

03C01631

Gambar: INGimage

Si Pemotong Barisan
Haih memang berbulu. Kita penat-penat beratur nak bayar, dah pula tu, kaunter yang buka cuma satu. Akan ada manusia yang tiba-tiba datang buat muka tak bersalah, letak barangannya di kaunter dan buat bayaran tanpa segan silu.

Si Penjaga Barisan
Sudahlah panas hati dengan si pemotong barisan, tiba-tiba entah dari mana datang sekawan manusia berdiri depan kamu menanti giliran untuk membayar. Oh! Rupanya ada yang tolong jagakan barisannya. Elok-elok kamu orang ketiga, tak fasal jadi yang ketujuh untuk bayar.

Si Tukang Tunjuk
Nak tinggalkan barisan, rasa sayang sebab dah lama beratur. Tapi kamu dah lewat nak bergegas ketempat lain. Waktu itu akan ada manusia yang berdiri depan kamu (dalam barisan) sedang mengarahkan anak atau kawannya untuk mengambil barang-barang lain sambil terjerit-jerit. Sebenarnya dia tidak mahu kehilangan giliran untuk membayar di kaunter!

Si Penjaga Bilik Persalinan
Membeli belah ketika waktu puncak memang banyak cabarannya. Lagi-lagi bila ingin mencuba pakaian. Kalau sampai bilik persalinan orang tiada tak apa, tapi kalau barisannya pun dah sama panjang amcam dikaunter bayaran! Nak tak nak kena tunggu sebab baju mesti dicuba! Sangan menjengkelkan bila akan ada orang yang tolong menjagakan bilik persalinan untuk ‘dia’ sementara ‘dia’ pergi mencari baju apa lagi untuk dicuba. Haih… Sabar jelah!

Kereta Sorong
Orang yang sangat ramai kadang-kadang menyesakkan lalulan kita nak membeli belah. Lagi-lagi dengan anak kecil yang berlari sana sini bermain, menyukarkan pergerakan kita. Tambah sukar bila ada ibu bapa yang tidak bertanggungjawab meningkalkan kereta sorong bayi di tengah-tengah laluan dalam kedai. Kan dah menyusahkan orang lain.

Share via
Copy link