7 Lokasi Percutian Di Pantai Yang Popular

Gambar: Sumber Google

 

 

Pantai merupakan lokasi percutian paling digemari semua orang untuk bercuti. Desir ombak dan angin yang bertiup memang sangat menenangkan jiwa tatkala menikmatinya di persisiran pantai. Jom kita lihat sepuluh lokasi terbaik untuk percutian di pantai seluruh dunia!
400x-IMG_8853-2

Pantai Huanchaco, Peru
Jika anda ingin melawat pantai-pantai sekita Peru, waktu terbaik adalah diantara Disember hingga Mac. Huanchaco ini sangat popular di kalangan peluncur kerana ia merupakan lokasi kegemaran meluncur terbaik di dunia!
balangan
 
Pantai Balangan, Bali
Bali merupakan lokasi terbaik di Asia Tenggara bagi pencinta pantai. Salah sebuah pantai yang menjadi kegemaran peluncur diserata dunia. Perjalanan dari Lapangan Terbang Denpasa Cuma mengambil masa selama 25 minit menjadikan ia lokasi kegemaran pelancong.
cayucos

Cayucos, California
Akibat daripada pembangunan yang sangat pesat di California, menjadikan daerah ini kekurangan pantai-pantai yang besar dan menarik. Walau bagaimanapun, jabatan pemulihara panta negeri telah memelihara Cayucos dari melakukan sebarang pembangunan yang boleh mencacatkan pantainya. Hasilnya, ini antara lokasi tumpuan penggemas suka luncur di Amerika.
pyla sur mer

Pyla-Sur-Mer, Perancis
Pantai ini mempunyai gurun yang tertinggi di Eropah sekaligus menjanjikan pemandangan panorama laut Arcachon Bay yang sangat menakjubkan. Bukan itu sahaja, Gunung Pyrenees juga dapat dilihat dnegan jelas pada hari biasa.
Caprera-Sardaigne

Caprera, Itali
Antara kawasan yang tidak mempunyai banyak habitat, Pulau Caprera sangat kaya dengan keindahan alamnya walaupun terbiar. Jelas sekali air yang birus dan jernih pasti akan melakar kenangan indah kepada pengunjung.
duong-dong-beach

Pantai Duong Dong, Vietnam
Pulau Phu Quoc mempunyai beberapa buah pantai yang sangat cantik. Air yang tenang, pasir putih tepi pantai serta barisan pokok kelapa sawit yang menjadi identiti Asia Tenggara cudah cukup untuk membuat hati jatuh cinta pada pantainya.
Red-Beach-Kaihalulu-la-plage-de-sable-rouge-Hawaii

Pantai Pasir Merah Kaihalulu, Hawaii
Untuk sampai ke Kaihalulu memerlukan pengunjung mengharungi perjalanan berbatu yang agak menyukarkan dan penat itu akan berbayar dengan keindahan teluk terpencil yang tenang, pasir merah dan hitam yang jarang-jarang boleh kita temui.

Share via
Copy link