8 Lokasi ‘Insta-Worthy’ Wajib Kunjung Di Pulau Jeju

Teks : Razin Mohd

 

Sempena pelancaran laluan penerbangan secara terus Air Asia dari Kuala Lumpur ke Pulau Jeju, Korea Selatan Disember lepas, EH! senaraikan 8 tempat wajib kunjung buat rakaman gambar yang menarik di Instagram!

 

Gambar : Sumber Google

 

You are not a truly Korean fan if u not visit Jeju island yet! Pulau yang kaya dengan sumber alam semula jadi dan pemandangan bak syurga dunia ini bakal memukau sesiapa sahaja yang mengunjunginya. Jika anda gemar meneroka tempat-tempat semulajadi dan mengamati pemandangan yang indah seperti saya, I must say Jeju Island will be one of the best places to visit!

 

Disember lepas saya dijemput oleh Air Asia untuk menikmati musim sejuk di sini selama lima hari empat malam, saya yang buat kali pertama menjejakkan kaki di sini membawa pulang pengalaman dan ribuan memori yang tidak akan dilupakan.

 

Tidak terlalu sibuk seperti ibu negara Seoul, Pulau Jeju merupakan antara lokasi yang saya boleh kata berbaloi untuk anda terokai. Bukan sekadar lokasi alam semula jadinya yang menarik tetapi pulau yang popular dengan buah tangerine ini juga terkenal dengan kafe dan restoran yang unik, muzium, pasar dan bandarnya yang memuaskan! Oleh itu EH! himpunkan 8 lokasi Insta-worthy yang tidak boleh dilepaskan semasa berada di Pulau Jeju.

 

Mount Hallasan

I am not a fan of adventure place but Mount Hallasan must be worth the visit! Gunung tertinggi di Korea Selatan ini punya magisnya yang tersendiri. Pemandangannya berubah-ubah mengikut musim dan saya percaya musim sejuk adalah antara jangka masa yang terbaik untuk dikunjungi. Berada 1950 meter di atas aras laut, ia mengambil masa perjalanan (satu hala) lebih kurang lima ke enam jam untuk ke puncak, namun pengembaraannya menuju ke atas bakal jadi satu ekspidisi yang tidak sia-sia!

 

Ecoland Resort Jeju

Untuk mencari lokasi pemandangan yang menarik di sini anda boleh menerokanya dengan menaiki kereta api kecil inspirasi dari The Seven Baldwin di UK yang membawa anda di sekitar Gotjawal Primeval Forest seluas satu kilometer persegi, Antara tempat paling menarik disini adalah Eco Bridge, Eco Windmill, Picnic Garden, Kids Town, Eco Road, Bare Foot on Scoria, Floating Café dan banyak lagi.

 

Cheonjeyeon Waterfall

Colorful #Jeju #korea #nature #waterfall #landscape #travel #holiday

A post shared by Pong (@puranut) on

Buat anda yang menghargai ciptaan alam semula jadi dan gemar meneroka tempat eksotik, Cheonjeyeon Waterfall ini pasti jadi tempat kegemaran anda. Terletak di bandar selatan Seogwipo lokasi ini memiliki tiga kawasan air terjun yang berbeza yang cukup whimsical!

 

Seongsan Ilchulbong

The best place to chase the sunrise! Namun untuk menikmatinya anda perlu mendaki setinggi 182 meter, ia mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga ke 1 jam untuk ke puncak. Sepanjang perjalanan naik ke atas melalui trek tangga yang disediakan anda bakal menikmati pemandangan seluruh Pulau jeju dari atas dengan angin laut yang segar dan dingin.

 

Camellia Hill

#제주도여행#카멜리아힐

A post shared by @ rian49 on

Merupakan salah satu tempat kegemaran saya sepanjang berada di Jeju. Walaupun mengunjunginya pada musim sejuk, namun taman bunga kamelia di sini tetap lebat dan merimbun tinggi seperti di dalam filem Alice in the Wonderland. Taman seluas 172,00 meter persegi ini juga memiliki kafe dan perbagai kawasan menarik seperti Wild flower road, Camellia Forest, garden, observatory, traditional straw house, grass field, Yongso Falls dan banyak lagi.

 

Vadada Café

Setelah dua hari menjamu selera dengan makanan-makanan tradisi dan popular Korea, kami kemudiannya dibawa ke Restoran Vadada yang bertempat di Jungmun, Seongwipo. What a spectacular view! Dengan pemandangan dan udara yang nyaman menghadap laut, kami dijamu dengan burger dan secawan mocktail!

 

Jeju-E-In Tangerine Farm

Kalau di Cameron Highland kita ada aktiviti memetik buat strawberi, di sini kita memetik buah tangerine! Pengalaman memetik buah pada musim sejuk merupakan antara acara yang menarik untuk dicuba, kami diberi satu buah bakul dan memenuhkannya dengan buah tangerine untuk dibawa pulang. Di Pulau Jeju, ekstrak buah ini boleh dilihat di mana-mana sahaja, dari sabun mandi hinggalah jam makanan, ia sudah menjadi satu identiti buat Pulau Jeju.


Shinwha Theme Park

너 여기 있었으면 좋겠다.

A post shared by r a z i n m o h d (@razinmhd) on

Taman tema Shinwha World adalah salah satu taman tema terbesar di Korea. Dengan seluas 2.5 juta meter persegi taman tema ini menghimpunkan lebih 20 jenis permainan yang boleh dinaiki! Bukan itu sahaja ia juga hadir dengan beberapa hotel mewah yang menempatkan lebih 2,000 buah bilik.

 

ISTIMEWA AIR ASIA!

Jeju menjadi destinasi ketiga syarikat penerbangan itu di Korea Selatan selepas Seoul (Incheon) dan Busan. Perkhidmatan empat kali seminggu yang ditawarkan antara Kuala Lumpur dan Jeju ini akan memperluaskan rangkaian syarikat penerbangan itu di Asia Utara. Laluan terbaru tersebut juga akan mengukuhkan lagi kedudukan kumpulan syarikat AirAsia dan AirAsia X di pasaran Korea Selatan dengan jumlah 75 penerbangan seminggu dan penawaran sebanyak 1,183,468 kapasiti setahun bagi penerbangan sehala.

 

Share via
Copy link