Adakah Anda Sering Migrain?

Pernahkah anda merasa sakit kepala yang teramat sangat di belah kanan, kiri atau belakang? Nampaknya anda telah diserang migrain yang berlaku apabila salur darah di kepala mengembang dan gentian saraf merembeskan bahan kimia yang tidak diperlukan badan.

 

Gambar : Shutterstock

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Cara Mengatasinya

Setiap kali anda terkena migrain, parasetamol atau ubat penahan sakit akan diambil dan ini tidak bagus untuk badan terutama sekali sistem saraf dan buah pinggang sekiranya diambil dengan terlalu kerap. Anda perlu atasi masalah ini dengan cara yang semula jadi, seperti:

  • Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti
  • Minum air dengan banyak dan kerap
  • Jaga pemakanan anda
  • Banyakkan bersenam serta ambil makanan tambahan seperti multivitamin untuk melengkapkan segala nutrien yang kurang dalam badan
  • Hubungan seks yang sihat juga sebenarnya boleh mengatasi masalah ini
  • Jangan lupa untuk sentiasa membuat pemeriksaan mata dan gigi kerana saraf organ-organ ini berkait rapat dengan kepala
  • Boleh membuat rawatan akupunktur atau bekam untuk menyingkirkan toksin di dalam badan anda
  • Jangan merokok dan terlalu terdedah kepada asap rokok

 

Walaupun cara mengatasinya seperti klise, tetapi gaya hidup teratur sebenarnya boleh membuatkan anda jauh lebih sihat sehingga ke tua!

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link