Aroma Kopi Nora Khalid

Bagi penggemar kopi dan kek di kawasan Lembah Klang, kafe Whisk sememangnya sudah tidak asing lagi. Menyediakan pelbagai jenis kopi organik, kek serta pencuci mulut, Whisk turut menarik perhatian ramai pelanggannya kerana hiasannya yang moden membuatkan pelanggan rasa relaks untuk minum petang di sana.

TIP KECANTIKAN NEELOFA >>

BEHIND THE COVER MARCH: NUR FAZURA >>

Sememangnya, pengasas kafe Whisk, Sharifah Nor Ashikin atau lebih dikenali dengan nama Nora Khalid sukakan rekaan dalaman, padan dengan pendidikan yang diterimanya daripada Parsons School of Design, New York. Setelah pulang ke tanah air, Nora yang sukakan kedai-kedai kopi jalanan yang comel di Big Apple ini akhirnya mendapat ilham untuk membuka kafe Whisk.

UP CLOSE AND PERSONAL WITH SCHA ALYAHYA >>

TIP KECANTIKAN KULIT NADIYA NISAA >>

Mungkin Nora bernasib baik kerana trend meminum kopi di Malaysia semakin berkembang di kala nama Whisk sudah pun menjadi buah mulut warga kota. Nora mahu mengekalkan aura eksklusif Whisk dan tidak mahu terburu-buru menambah cawangan ke seluruh negara. Apa yang penting bagi Nora di dalam hidupnya adalah, cintanya kepada apa yang dilakukan di dalam kehidupan seharian.

**Ikuti temubual Hafizan Mohd bersama Nora Khalid di halaman 210 EH1 keluaran April.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link