Berlari Dengan Dentuman Muzik, The Music Run Kembali

Dengan speaker atau pembesar suara setiap jarak 50 meter, The Music Run pastinya bakal menjadi acara larian paling hangat dan bertenaga sepanjang tahun 2017.

 

Gambar : The Music Run

 

The Music Run mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2014, dan sejak itu 200,000 orang peserta sudah menyertai, dan jumlah ini mengambil kira 25 acara larian yang dianjurkan di 12 buah negara.

 

Tahun lalu larian dengan ritma muzik ini ini dilangsungkan di Sepang International Circuit dan dihadiri lebih kurang 20,000 peserta. Tahun ini The Music Run bakal dilangsungkan di KL Sports City pada 4 November 2017. Dan yang pasti dentuman muzik tahun ini lebih bertenaga.

 

The Music Run tahun ini dianjurkan oleh AIA Vitality dan menawarkan dua jarak berbeza untuk dipilih iaitu 5km dan 10km. AIA Vitality beranggapan penganjuran The Music Run adalah satu ruang untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa bersenam atau apa sahaja aktiviti kesihatan boleh jadi satu aktiviti yang menyeronokkan kalau kena gayanya.

 

 

Kumpulan rock Malaysia Kyoto Protocol akan menghangatkan suasana sewaktu sesi memanaskan badan, manakala DJ Sam Withers dari Australia akan menanti para peserta dengan ritma muzik lebih rancak dan hangat sebaik larian tamat.

 

Para peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM90 dan kanak-kanak bawah lima tahun dibenarkan menyertai acara ini secara percuma. Layari www.themusicrun.com.my untuk maklumat lanjut.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link