#Covid19 Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Lagi Dua Minggu

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

perintah kawalan pergerakan

Gambar: Instagram Bernama

Menurutnya, pengumuman pelanjutan tempoh dibuat lebih awal agar rakyat lebih bersedia menghadapi situasi tersebut.

Oleh itu, bagi mereka yang telah pulang ke kampung halaman sebelum ini diingatkan agar tidak pulang ke ibu kota dan jangan ke mana-mana. Bagi anak yang perlu pulang ke asrama, tidak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu, pesannya  semasa Perutusan Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada Rabu.

Tambahnya lagi, bagi pejabat yang masih ditutup tidak perlu dibuka lagi dan jika ada perkara penting yang perlu diuruskan, disarankan untuk merancang bagaimana untuk menguruskannya bermula dari sekarang.

Kata Perdana Menteri, tempoh kuatkuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa dan jika ada keperluan, kemungkinan perintah ini akan dilanjutkan lagi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menasihatkan agar semua sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah.

Share via
Copy link