Destinasi penginapan ideal di Kuala Lumpur

Masih terus menjadi antara hotel yang teguh menjadi pilihan di tengah kota,  Sheraton Imperial Kuala Lumpur kini tampil dengan rupa yang dinaik taraf bersama ruang dalaman baharu buat penginapan yang lebih trendy, selesa dan nyaman untuk staycation!

Sudah jadi jenama hotel bertaraf antarabangsa, Sheraton Imperial Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Sultan Ismail ini masih mengekalkan identiti yang sama, masih mahu penginap yang menetap di sini merasai  kawasan yang kaya dengan warisan Malaysia sekitar jalan Dang Wangi.  Tambah lebih menarik sesiapa yang menginap di sini juga boleh meluangkan masa untuk bersantai di kafe-kafe urban di sekitar Jalan Doraisamy.

Hotel yang sudah sudah berdiri selama 22 tahun kembali mengalu-alukan kedatangan anda untuk merasai wajah baru hotel ini dengan unit bilik yang ditambah ke 398 bilik, antara jenis bilik yang disediakan termasuk; Deluxe Rooms, Club Rooms, dan Suites. Melangkah masuk ke dalam kamar hotel anda akan rasai atmosfera cukup menenangkan berserta seni reka dalaman baharu dalam tema kontemporari yang semestinya cosy! Penginap turut boleh mencuba menu makanan dan minuman di The Club Lounge aras 38  berlatarkan pemandangan Menara Kuala Lumpur dalam suasana yang cukup menenangkkan.

Dari kiri : Villa Danieli, Celestial Court dan Pavilions Lounge

Shereton Imperial juga mengetengahkan restoran yang menarik untuk dikunjungi. Bagi anda yang mengemari sajian bercita rasa oriental, anda boleh melangkahkan kaki ke Celestial Court yang menyediakan beberapa pilihan masakan tradisional Cina yang lazat. Selain itu terdapat juga restoran yang menyediakan sajian Itali yang dinamakan sebagai Villa Danieli yang mana sajian di sini mendapat sentuhan air tangan cef dari Itali, Federico Bonzzo yang diterbangkan dari Genoa! The Pavilion Lounge & Bar pula tampil dengan reka dalaman yang dinaik taraf untuk keselesaan pengunjung. Ruang di sini juga ‘instagramable’  seperti satu sudut yang tampil ala perpustakaan dan ada juga sudut yang lebih eksklulif buat janji temu penting di golden dome bar.

Untuk ketahui lebih lanjut jom layari laman web rasmi Sheraton Imperial Kuala Lumpur hotel di sini!

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link