DIY Skrub Badan di Rumah

Gambar: INGimage

 

Penjagaan kulit wajah mestilah perlu diberi penekanan. Namun, tidak bermakna anda mengabaikan penjagaan kulit badan. Kulit tubuh juga haruslah dijaga dan dibelai agar ia sentiasa lembut, bersih dan cerah sekata.

 

Dengan adanya skrub badan, kulit badan akan lebih licin dan bersih sepenuhnya. Tetapi skrub badan kini boleh dikatakan agak mahal dan khidmat spa juga boleh capai ratusan ringgit. Jadi, EH! Kongsikan cara untuk menyediakan skrub buatan sendiri di rumah tanpa perlu membayar mahal dan keberkesanannya juga terjamin.

 

close up of two dark roasted fair trade coffee beans on a white

Skrub Kopi

 

Bahan-bahan :

½ cawan gula

½ cawan serbuk kopi

1 cawan minyak kelapa

 

Cara – cara:

Campurkan serbuk kopi dengan gula dan gaul sehingga sebati. Masukkan minyak kelapa ke dalam campuran kopi dan gula tadi. Gunakan tangan untuk melenyek rata ketiga-tiga campuran agar minyak kelapa boleh cair mengikut suhu badan kita. Letak dalam balang kaca dan sedia untuk digunakan.

Dry lavender bunch

03B59194

Skrub Lavender dan Vanilla

 

Bahan – bahan :

2 cawan gula

1 cawan minyak biji anggur

1 sudu teh ekstrak vanilla

2 sudu besar bunga lavender kering

12 titik minyak essential lavender

 

Cara – cara:

Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut ke dalam satu mangkuk bersaiz sederhana. Gaul rata sehingga sebati. Simpankan di dalam balang kaca dan gunakan ketika mandi. Goncang sebelum digunakan.

 

Cocoa powder

Skrub Koko

 

Bahan-bahan:

1 cawan minyak kelapa

½ cawan gula perang

¼ cawan serbuk koko

Cara – cara :

Campurkan minyak kelapa, gula perang dan serbuk koko dalam sebuah mangkuk bersaiz sederhana dan kacau sehingga sebati. Simpan di dalam balang kaca dan boleh digunakan setiap hari ketika mandi.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link