Dos & Don’ts Ketika Bercuti Yang Anda Patut Tahu

Musim berlibur kini tiba! Tentunya anda sedang sakan merancang aktiviti yang hendak dilakukan. Namun, ada banyak aspek yang perlu dijaga. Antaranya keselamatan, perbelanjaan mahupun kesihatan. Semuanya untuk memastikan saat berlibur dirasakan lebih bermakna! Apakah dos and don’ts yang perlu diambil kira?

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pakaian

 

 

Usah bawa terlalu banyak pakaian. Ini hanya membuatkan beg pakaian anda lebih berat selain mengehadkan ruang untuk menyimpan barangan lain. Pilih pakaian yang lebih ringan dan tidak perlu digosok menggunakan seterika (menjimatkan masa!). Selain itu, bawa pakaian mudah kering agar anda boleh memakainya secara berulang. Sekiranya beg yang digunakan adalah jenis backpack, gulungkan pakaian berbanding melipat untuk menjimatkan ruang.

Share via
Copy link