Episod Kedua Lebih Menakutkan di Hauntu

 

Anda bersedia untuk mengalami pengalaman yang menakutkan? Aktiviti berkonsepkan pengalaman ngeri pertama Malaysia, Hauntu kini melancarkan isntalasi kedua, The Tourist yang akan menampilkan tiga bahagian berbeza. Jika episod pertama dahulu membawa pengunjung mengalami kisah Harimau Gang sekitar 1980-an, episod kedua pula akan mengembalikan momen nostalgia ketika Malaysia mencapai Hari Kemerdekaan pada 1957. Ia akan menampilkan set dan jalan cerita baharu, epsiod kedua pasti mengujakan peminat yang sukakan sejarah dan pengunjung baharu.

 

 

“Dibandingkan dengan episod pertama yang fokus pada satu misi, episod kedua ini pula lebih fokus kepada jalan cerita yang disediakan. Ia membolehkan pemain untuk terlibat secara langsung ke dalam perjalanan episod kedua ini,” menurut Pengarah Kreatif Hauntu, Johnny Ong. “There will be much more to take away from the story this time”.

 

 

Sempena dengan Hari Halloween yang bakal menjelma nanti, inilah masa yang terbaik untuk mencuba aktiviti baharu ini. Hauntu bukan sahaja dapat memberikan kejutan, ianya bagai satu teater interaktif yang dapat memberikan pengalaman sebenar kepada pemain yang akan dibawa oleh sekumpulan pelakon berbakat. Episod kedua ini akan berlangsung sehingga akhir tahun ini, akan diikuti oleh episod ketiga. Buat yang tidak berkesempatan untuk mencuba episod pertama, aktiviti di sini dijalankan secara bergilir-gilir untuk anda cuba kembali.

 

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link