Daebak! 7 Oppa Korea Cakap Melayu Untuk Bawa Anda Bersiar-siar Di Seoul

8 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

JAKE OPPA: Orang pandang negatif sebab ayat Sewa Oppa!

1.Cerita tentang anda?
Saya suka melancong dan jumpa orang baru. Saya seorang yang aktif dan adventure. Saya suka menonton wayang dan pergi ke Café kalau ada masa lapang. Saya suka semua jenis filem kecuali Gore. Filem kesukaan sudah semestinya aksi. Saya suka minum americano.

 

2.Beza anda dengan Oppa lain?
Suka ketawa dan saya rasa senyuman saya paling menawan.

 

3.Kenapa jadi Oppa?
Sebab nak jumpa kawan luar negara dan peluang berkomunikasi dengan mereka. Saya juga mahu kenalkan tempat menari yang selalu orang muda Korea lepak selain tempat yang sedia jadi tempat tarikan pelancong.

 

4.Kenangan menarik jadi Oppa?
Bila pelancong booking saya dan maju pakej orang lain.

 

5.Memori buruk?
Tiadalah..

 

6.Pelanggan idaman?
Seorang yang mahu seronok melancong dan ketahui tentang Korea.

 

7.Ada tak orang Korea pandang serong kerja Oppa?
Ada juga apabila orang salah manipulasi ayat Sewa Oppa. Sebab ayat itu, saya perlu jelaskan lebih panjang.

 

8.Perancangan untuk pelanggan baru?
Saya nak kenalkan dengan Universiti Konkuk yang banyak orang muda Korea lepak.

 

9.Nasihat kepada lelaki yang mahu jadi Oppa?
Buat saja sebab memang kerja yang tidak membosankan dan menarik.

 

10.Pandangan anda sendiri tentang Oppa dan nasihat untuk bakal pelanggan.

Ada pelancong tidak tahu intipati pakej yang disediakan. Tapi selepas tahu, mereka mahu lebih dan mahu berseronok.

 

11.Apakah permainan video kesukaan?
Board Game- Bang , Davinchi Code dan PC Game seperti LOL dan FIFA.

 

12.Negara yang anda mahu melancong?
Egypt dan ketahui lebih dalam tetang padang pasir dan piramid.

 

13.Apa anda buat kalau mereka mahu pelancongan ekstrem?

Saya suka sukan ekstrem dan saya akan cuba.

 

14.Ada tak permintaan pelik dari pelanggan?

Tak pernah terima.

 

15.Adakah anda terima kalau diberi tawaran buat Travel Show?

Sudah tentu, saya mahu mencuba.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link